Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bakti KM Kuraman diteruskan

3:22pm 18/11/2016 Leolerry Lajius 10 views Tempatan
SIMBOLIK... Jamili (tiga dari kiri) menerima tanda nama KM Kuraman daripada Zubil (tiga dari kanan) sebagai tanda penyerahan kapal berkenaan kepada Taman-Taman Sabah, di saksikan Masidi (tengah) dan tetamu kehormat lain.

SIMBOLIK… Jamili (tiga dari kiri) menerima tanda nama KM Kuraman daripada Zubil (tiga dari kanan) sebagai tanda penyerahan kapal berkenaan kepada Taman-Taman Sabah, di saksikan Masidi (tengah) dan tetamu kehormat lain.

KOTA KINABALU: Setelah 52 tahun berbakti menjaga keselamatan perairan negara, Kapal Maritim (KM) Kuraman kini meneruskan baktinya di dasar laut perairan Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR), Sabah.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, kapal tersebut telah digunakan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada tahun 2007.

“Kapal ini telah melalui pelbagai peristiwa bersejarah sepanjang masa perkhidmatannya dan ianya sesuatu yang berharga dan patut diingati.

“Saya menyokong kapal ini diabadikan di dasar laut TTAR agar kekal sebagai ikon bersejarah dan menjadi tarikan pelancongan yang baharu,” katanya.

Tambahnya, kapal berkenaan turut akan menjadi ekosistem baharu di dasar laut dan habitat pertumbuhan terumbu karang pada masa depan.

“Ini akan menarik pelbagai hidupan marin dan seterusnya menjadi kawasan selaman (wreck dive) pertama di dalam kawasan taman di negeri ini khususnya di TTAR.

“Kapal tersebut ditenggelamkan pada jarak ke dalaman 20 meter dan ianya tidak mengganggu perjalanan lalu lintas kapal-kapal lain serta memudahkan para penyelam untuk menyelam di kawasan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Maritim Wilayah APMM Wilayah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal tersebut merupakan hadiah kepada kerajaan negeri melalui KePKAS merupakan simbolik kepada penamatan perkhidmatan kapal berkenaan secara rasmi.

“Kapal yang dinamakan bersempena dengan nama sebuah pulau di Labuan ini telah berkhidmat selama lebih kurang 52 tahun dan saya berasa amat sedih tetapi gembira kerana terpaksa berpisah dengan salah sebuah aset kapal maritim Malaysia yang cukup berjasa dan penuh dengan nilainya tersendiri.

“Perasaan gembira pula atas legasi khidmatnya yang terus menabur bakti dan jasa dalam memperkayakan dan melindungi hidupan marin di perairan Sabah.

 Kapal KM Kuraman di bawah dasar laut.Gambar Oleh Gil Woolley / Scubazoo.com.

Kapal KM Kuraman di bawah dasar laut.Gambar Oleh Gil Woolley / Scubazoo.com.

Kapal Maritim Kuraman ditenggelamkan berhampiran Pulau Mamutik di antara Pulau Manukan dan Pulau Sulug, Sabah dan dijangka sedia untuk diterokai selewat-lewatnya enam bulan dari tarikh ia ditenggelamkan.

KM Kuraman seberat 120 tan tersebut mempunyai keluasan 31.4 meter (panjang) dan 7 meter (lebar) telah dibina pada tahun 1960.

Ia merupakan antara 15 kapal dalam kelas kapal Sipadan dibawa oleh kerajaan Malaysia pada zaman British untuk menjaga keselamatan perairan di negara ini.

Sehingga kini, selain KM Kuraman, empat dari 15 kapal berkenaan telah ditenggelamkan di Semenanjung Malaysia (3 unit) dan Labuan (1 unit).

Seramai 100 tetamu dari pelbagai agensi diberi peluang untuk menyaksikan upacara bersejarah tersebut.

Turut hadir adalah Pembantu Menteri KePKAS, Datuk Pang Yuk Ming, Setiausaha Tetap KePKAS, Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais, Pengarah Maritim Daerah (DM15), Laksamana Pertama Maritim, Adam Haji Aziz dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Datin Dr Lungkiam Dambul./PENERANGAN.

SIMBOLIK... Jamili (tiga dari kiri) menerima tanda nama KM uraman daripada Zubil (tiga dari kanan) sebagai tanda penyerahan kapal berkenaan kepada Taman-Taman Sabah, di saksikan Masidi (tengah) dan tetamu kehormat lain.PENERANGAN

SEJARAH… Detik-detik sejarah penenggelaman KM Kuraman kelmarin.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan