Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BAKISA rancang jelajah budaya, perkenal seni, kulinari suku kaum Sabah

11:00pm 10/09/2016 Leolerry Lajius 33 views Kota Kinabalu,Tempatan
Sarimah menyampaikan sumbangan kepada Bendahari, Datin Imma Raymond, sambil diperhatikan Timbalan Pengerusi, DatinMaizatul Akmam Datuk Ahmad Alawi (dua dari kiti) dan para AJK lain untuk Tabung Biro Kebudayaan.

Sarimah menyampaikan sumbangan kepada Bendahari, Datin Imma Raymond, sambil diperhatikan Timbalan Pengerusi, DatinMaizatul Akmam Datuk Ahmad Alawi (dua dari kiti) dan para AJK lain untuk Tabung Biro Kebudayaan.

KOTA KINABALU : Biro Kebudayaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat (Bakisa) merancang Jelajah Budaya bagi memperkenalkan seni budaya dan kulinari tradisi suku kaum di Sabah.

Pengerusi biro berkenaan, Datin Sarimah Busiran berkata jelajah budaya itu akan dilaksanakan dengan kerjasama isteri wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing.

“Dalam masa terdekat ini, Bakisa akan membuat persembahan untuk Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Ulang Tahun Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

“Kita juga mengadakan latihan tarian tradisi pada setiap minggu di Rumah Bakisa,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat biro itu di sini, pada Jumaat.

Selain membentuk jawatankuasa yang baharu selepas pemilihan AJK Tadbir Bakisa, Jun lalu, mesyuarat juga membincang dan merangka program kebudayaan sehingga tahun 2018.

Tambah Sarimah, Tabung Biro Kebudayaan turut diwujudkan bagi membiayai keperluan setiap aktiviti yang dijalankan.

Manakala pada Khamis, Biro Rumah Bakisa yang dipengerusikan Datin Nordiah Jambri juga mengadakan mesyuarat bagi tujuan yang sama, dekat sini.

“Kita berharap barisan jawatankuasa yang baharu dilantik memberi sepenuh komitmen bagi  memastikan semua program dirancang berjalan lancar,” ujar Nordiah.

Jelasnya, semua program perlu dilaksanakan dengan tanggungjawab dan ikhlas bagi membantu Bakisa dalam memperkasakan lagi persatuan tersebut mencapai matlamat yang diperjuangkan./PENERANGAN

Nordiah (duduk) merakam gambar kenangan bersama JK Biro Rumah Bakisa Sesi Jun 2016 - Jun 2018. -Penerangan

Nordiah (duduk) merakam gambar kenangan bersama JK Biro Rumah Bakisa Sesi Jun 2016 – Jun 2018. -Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan