Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BAKISA memainkan peranan penting dalam pentadbiran

Musa (tengah) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa dan ahli BAKISA.-Gambar Oleh Alex Mairin
Musa (tengah) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa dan ahli BAKISA.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Program turun padang Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (BAKISA), telah banyak membantu Kerajaan Negeri dalam menyumbang cadangan dan saranan kepada wakil rakyat (suami) untuk membantu meningkatkan lagi tahap kehidupan masyarakat di kawasan masing-masing.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman ketika menyampaikan ucapan sempena majlis perasmian mesyuarat agung tahunan BAKISA kali ke-22 di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Menurut Musa, BAKISA telah bergerak aktif di atas landasan kebajikan sosial dan kemasyarakatan dengan komitmen yang tinggi bagi membantu anggota masyarakat yang memerlukan sokongan dan perhatian.

“Saya menyeru kepada BAKISA untuk memperluaskan lagi pelaksanaan program-program kebajikan agar rakyat akar umbi khususnya golongan yang memerlukan turut mendapat perhatian dan titip kasih BAKISA,”katanya.

Musa ketika gimik perasmian program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Musa ketika melancarkan gimik perasmian program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Tambah beliau, BAKISA juga berjaya mengharumkan nama negeri Sabah dalam bidang sukan melalui pencapaian yang telah beberapa kali menjuarai pertandingan badminton sehingga digeruni pasukan lain.

Sempena program berkenaan, majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri dan para jemputan juga turut diadakan selepas sesi mesyuarat selesai.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

PicsArt_06-16-04.21.30

Komen


Berita Berkaitan