Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bakar silap mayat

WANITA dikenal pasti sebagai Annie Pearl Little yang dibakar keluarga McDonald.
WANITA dikenal pasti sebagai Annie Pearl Little yang dibakar keluarga McDonald.

New York: Sebuah keluarga terkejut apabila dimaklumkan tersilap membakar mayat yang disangkakan ibu kesayangan mereka, enam hari selepas upacara itu.

New York Times melaporkan semalam, Val-Jean McDonald, 81, meninggal dunia pada 18 Disember lalu dan pengurusan mayatnya dikendalikan syarikat pengurusan mayat McCall’s di Bronxwood. Lapan anak lelakinya, lebih 20 cucu dan puluhan saudara serta rakan menghadiri penghormatan terakhirnya 11 hari kemudian di Harlem.

Ketika upacara itu, ada antara hadirin menyedari wajah Val-Jean berbeza, malah anaknya Errol mengaku pelik melihat rambut ibunya pendek.

“Saya terfikir, ‘kenapa mereka memotong rambutnya?’ Tetapi menganggap ia mungkin ada kaitan dengan rawatan kansernya.

“Namun, anak lelaki saya berusia 10 tahun bertegas berkata ‘Ayah, itu bukan nenek’,” katanya. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan