Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bakar keluarga suami

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Bergville (Afrika Selatan): Seorang wanita dilapor membakar keluarga suaminya selepas menuduh mereka bercakap buruk mengenainya.

Pelajar kejururawatan Zanele Zikode, 34, mati akibat melecur selepas seminggu dirawat di hospital.

Tiga lagi anggota keluarganya, termasuk wanita berusia 75 tahun, masih dalam Unit Rawatan Rapi di hospital berkenaan.

Seorang mangsa yang terselamat berkata, kejadian bermula apabila suspek menuduh mereka bercakap buruk mengenainya kira-kira sebulan lalu.

“Dia keluar dari rumah keluarga kami bersama-sama suaminya kerana marah selepas menuduh kami bercakap buruk mengenainya. Dia juga tidak mahu berterus terang,” kata Nathi Zikode.

Kelmarin, bapa Nathi mengadakan pertemuan keluarga tetapi wanita itu enggan menjelaskan masalahnya.

“Beberapa minit kemudian, dia menyimbah petrol pada mangsa sebelum mencampakkan api ketika mereka duduk di bawah pokok,” katanya.

Menurut Nathi, suspek dibebaskan dengan ikat jamin selepas dihadapkan ke mahkamah, semalam.

“Dia langsung tidak datang untuk meminta maaf. Malah, keluarganya juga tidak muncul. Dia menghilangkan diri begitu saja bersama-sama abang saya,” kata Nathi. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan