Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bakar diri sendiri kerana tertekan

8:47pm 15/11/2015 Leolerry Lajius 1103 views Jenayah,Mutakhir

brt201558484

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 26 tahun,  melecur lima peratus apabila cuba membunuh diri di rumah kediamannya dengan menyimbah minyak petrol ke badannya dan membakar dirinya sendiri.

Tunang suspek yang ternampak kejadian tersebut selepas suspek menjerit apabila api membakar kulitnya membantu suspek memadamkan api tersebut dan menghantar suspek ke Hospital Queen Elizabeth 2.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt. Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan mendapati suspek cuba membunuh diri kerana mengalami masalah keluarga dan kewangan  selain baru sahaja berhenti kerja serta kematian bapa dua bulan yang lalu.

“Suspek telah membeli minyak petrol tersebut di stesen minyak shell Kampung Air sebelum cuba membunuh diri,” katanya sambil menambah kes diklasifikan 309 Kanun keseksaan kerana cuba membunuh diri.- Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan