Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bakar diri dalam bank

9:44am 19/11/2016 Pak Roshan 12 views Global
SEORANG mangsa yang cedera diusung keluar dari bank itu untuk dibawa ke hospital. - DM

SEORANG mangsa yang cedera diusung keluar dari bank itu untuk dibawa ke hospital. – DM

Melbourne: Seramai 26 orang cedera, sebahagian mereka kritikal selepas seorang lelaki membakar dirinya di dalam sebuah bank di sini.

Polis berkata, lelaki itu memasuki Bank Commonwealth di Springvale dengan membawa bahan mudah bakar.

Ada saksi berkata, dia menjirus badannya dengan bahan berkenaan sebelum menyalakan api.

Inspektor Jacqui Poida berkata: “Dia mempunyai bekas diisi bahan mudah bakar dan menyalakan api ketika di dalam bank.

“Motif perbuatannya tidak jelas. Buat masa ini terlalu awal untuk mengaitkannya dengan keganasan.”

Menurut paramedik, enam orang dalam keadaan kritikal, termasuk suspek yang dikawal ketat di hospital.

Pegawai bomba, Paul Carrigg berkata, pintu bank tertutup ketika pihaknya sampai di tempat kejadian.

“Kebakaran berlaku di dalam bangunan dan anggota kami masuk membawa hos serta peralatan serta berjaya menyelamatkan 25 orang yang cedera dan melecur.

Saksi, Ashley Atkin-Fone berkata, dia mendengar letupan dan jeritan kanak-kanak sebelum orang ramai mula bertempiar lari keluar dari bank berkenaan.

“Saya terkejut melihat seorang kanak-kanak berlari keluar dalam keadaan melecur dan menjerit ketakutan.

“Saya mengambil alat pemadam api dan berlari ke dalam bangunan itu untuk membantu memadam kebakaran,” katanya.

Seorang lagi saksi, Ernie Gonzalez berkata, dia melihat kakitangan bank meredah api untuk menyelamatkan diri.

“Saya nampak api dari luar dan orang ramai berlari meredahnya,” katanya.

Sementara itu, Bank Commonwealth yang juga bank terbesar Australia berkata, cawangan itu akan ditutup buat sementara waktu. – AFP/HMetro

GAMBAR dari CCTV menunjukkan suspek membawa bekas dipercayai petrol untuk membakar dirinya di dalam bank itu. - DM

GAMBAR dari CCTV menunjukkan suspek membawa bekas dipercayai petrol untuk membakar dirinya di dalam bank itu. – DM

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan