Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bakar diri bantah wang hamba seks perang

ANGGOTA penyelamat membawa sami berkenaan untuk rawatan. – AFP

Seoul: Seorang sami Buddha dalam keadaan kritikal selepas membakar dirinya sendiri ketika mengadakan bantahan berhubung bayaran pampasan diberikan Jepun kepada wanita negara itu yang pernah dijadikan hamba seks Perang Dunia Kedua.

Sami berusia 64 tahun itu mengalami lecuran tahap ketiga di seluruh badannya dan kerosakan serius pada organ pentingnya. Dia tidak sedarkan diri dan sukar bernafas, kata jurucakap Hospital Universiti Kebangsaan Seoul yang enggan namanya didedahkan.

Menurut polis, sami terbabit membakar dirinya lewat kelmarin dalam satu perhimpunan besar di Seoul yang menggesa Presiden Park Geun-hye meletak jawatan.

Dalam komputer riba miliknya, sami itu menggelar Park ‘pengkhianat’ kerana mempersetujui perjanjian dimeterai dengan Jepun pada 2015.

Mengikut perjanjian itu, Jepun berjanji membiayai sebuah yayasan di Seoul yang ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada mangsa berkenaan. Sebagai pertukaran, Korea Selatan akan berhenti mengkritik Jepun berhubung isu itu serta akur dengan kehendak Tokyo untuk mengalihkan sebuah patung gangsa mewakili hamba seks perang di depan kedutaannya di Seoul.

Bagaimanapun, perjanjian itu dikritik di Korea Selatan kerana tidak mendapat kelulusan mangsa, dengan pelajar mengadakan mogok duduk di depan patung berkenaan selama hampir setahun kerana bimbang kerajaan akan cuba memindahkannya.

Jumaat lalu, patung mirip yang asal ditempatkan di depan pejabat konsulat Jepun di Busan mencetuskan kemarahan Tokyo yang memanggil balik dutanya selain menggantung rundingan ekonomi.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menggesa Korea Selatan membuang patung itu dan melaksanakan persetujuan di dalam perjanjian 2015.

“Kita sudah saling mengesahkan perjanjian itu muktamad dan tidak boleh diubah. Jepun ikhlas memenuhi tanggungjawab dan sudahpun membayar pampasan 1 bilion yen (RM38 juta) kepada mangsa wanita di negara itu.

“Korea Selatan mesti menunjukkan keikhlasannya dan mengotakan janjinya tidak kiralah sekalipun pentadbirannya berubah,” katanya dalam program bual bicara NHK yang disiarkan semalam. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan