Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bakar diri atas kereta api peluru

Seorang penumpang yang cedera selepas penumpang membakar diri di atas kereta api laju diusung untuk dibawa ke hospital - Foto REUTERS
Seorang penumpang yang cedera selepas penumpang membakar diri di atas kereta api laju diusung untuk dibawa ke hospital – Foto REUTERS

Tokyo: Seorang lelaki membakar dirinya di atas kereta api laju yang sedang bergerak, membunuh dirinya serta seorang penumpang manakala beberapa penumpang terpaksa dirawat kerana kelemasan asap.

Lelaki berkenaan menyiram tubuhnya dengan minyak sebelum menyalakan pemetik api dan membakar dirinya di atas kereta api yang sedang bergerak kira-kira 70 kilometer dari Tokyo.

Menurut media Yomiuri Shimbun, letupan kedengaran dari tandas di bahagian depan kereta api menyebabkan gerabak depan dipenuhi asap. Ia mencetuskan suis berhenti kecemasan.

Pemandu kereta api selaju 300 kilometer sejam yang membawa kira-kira 1,000 penumpang itu, kemudian menemui satu mayat yang masih terbakar.

Kereta api itu – kereta api peluru Nozomi – sedang dalam perjalanan dari Tokyo ke Osaka dan kejadian berlaku dekat Odawara.

NHK melaporkan dua mati manakala NTV menyatakan seorang mangsa yang mati ialah lelaki 71 tahun dan seorang wanita. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan