Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bakal usahawan perlu mempunyai perancangan perniagaan yang rapi- Dr. Nardiah

11:01pm 10/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 68 views Perniagaan,Tempatan
Faridah (ketiga dari kiri) menerima cenderahati daripada Taslimah (kanan) Dan disaksikan oleh Dr Nardiah (Kiri)

Faridah (tengah) menerima cenderahati daripada Taslimah (kanan) dan disaksikan oleh Dr Nardiah (Kiri).

KOTA KINABALU- Setiap individu atau kumpulan individu yang ingin menceburi diri dalam bidang keusahawanan dinasihati agar mengkaji sesebuah perniagaan yang ingin dilakukan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Damalee Group, Dr Nardiah Mohd Nazri, bakal usahawan perlu merancang jenis perniagaan yang ingin mereka ceburi seperti sasaran pemasaran dan perancangan perniagaan dalam tempoh masa setahun.

“Usahawan- usahawan di luar sana perlu merancang perniagaan yang sesuai dengan diri mereka dan perlu mempunyai perancangan perniagaan dalam tempoh masa setahun ini.

“Ini kerana bukan senang untuk meningkatkan sesebuah perniagaan itu, malah ia (perniagaan) akan lebih senang untuk gagal sekiranya tidak mempunyai perancangan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Majlis Apresiasi Cinta oleh Damalee Wedding di Hotel Promenade, disini, hari ini.

Hadir sama, beberapa artis terkenal tanah air seperti Rohana Jalil, Nassier Wahab, Ali Terra Rossa, Stacy dan Johan Bintang RTM 2016, Rosario Ninih.

Sementara itu, Nardiah berkata keutamaan anak syarikat mereka iaitu Damalee Wedding adalah memberi kelainan dalam setiap sentuhan deko mengikuti citarasa pelanggan mereka.

“Kami ingin mewujudkan kesempurnaan di hari bahagia pelanggan kami selaras dengan maksud Damalee itu sendiri iaitu ‘Vision of Beauty’,” katanya.

Terdahulu, Damalee yang merupakan syarikat milik bumiputera Sabah yang ditubuhkan pada bulan September, 2013 yang terletak di Kingfisher, Likas.

Katanya, Damalee Sdn. Bhd berkembang dari sebuah perusahaan butik sehingga berjaya membuka pelbagai jenis perniagaan.

Diantaranya, Damalee Wedding, Damalee Fitness, Damalee Photography, Damalee Event dan Damalee Communication.

Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah isteri Ketua Menteri Sabah merangkap Yang di- Pertua BAKISA. Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Damalee Group, Datin Taslimah Rahman.- Elezebeth Esther/ SayangSabah

Antara baju pengantin oleh Damalee Wedding yang diperagakan

Antara baju pengantin oleh Damalee Wedding yang diperagakan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan