Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bakal haji dinasihat jaga imej baik negara

Tun Juhar bersalaman dengan para jemaah haji/Gambar SNT/Ehsan Penerangan

KOTA KINABALU: Umat Islam yang bakal menunaikan haji dinasihatkan menjaga akhlak serta menjauhi anasir yang boleh menjejaskan imej negara khususnya melibatkan hubungan erat kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi.

Nasihat itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bahawa jemaah haji negeri ini perlu mengelakkan daripada melakukan perkara yang boleh menggangu tumpuan beribadat.

“Gunakan kesempatan menjadi tetamu Allah SWT dengan sebaik-baiknya dan patuhi serta hormati undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sepanjang berada di sana untuk mengelak timbulnya sebarang masalah.

Sebahagian jemaah haji yang akan berlepas malam ini.Gambar SNT/Ehsan Penerangan

“Kita juga menasihatkan para jemaah agar menjaga kebersihan diri serta memastikan tahap kesihatan di tahap yang baik supaya dapat menunaikan amal ibadat dengan sempurna,” ujarnya Tun Juhar dalam perutusan sempena Majlis Keberangkatan Jemaah Haji KT 18 S, di Dewan Kompleks Tabung Haji, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis pelepasan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Para jemaah mendengar perutusan Tun Juhar.Gambar SNT/Ehsan Penerangan

Pada majlis tersebut, Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni juga menyampaikan sumbangan menerusi Yayasan Nur Jauhar kepada 150 jemaah yang berlepas ke Jeddah melalui Kuala Lumpur.

Penerbangan pertama jemaah haji Sabah itu akan berlepas ke Ibu negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 9.05 malam ini.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan