Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bakal doktor, pakar anak jati Sabah digalak berkhidmat di Sabah

KUNAK, 12 Ogos (Bernama) — Bakal doktor dan pakar perubatan anak jati Sabah digalakkan berkhidmat di negeri kelahiran berikutan keperluan mendesak perkhidmatan doktor di hospital seluruh Sabah , kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri  Stephen Wong Tien Fatt.

Beliau berkata itu antara usaha bagi mengatasi kekurangan doktor pakar di Sabah yang sekali gus dapat mengurangkan jurang tinggi nisbah doktor dan pesakit.

“Bakal doktor dan doktor pakar Sabahan boleh berkhidmat di Sabah, selain kawan-kawan (doktor) dari Semenanjung Malaysia berkhidmat di sini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Hospital Kunak di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu kekerapan lawatan doktor pakar ke hospital luar bandar khususnya di Kunak yang hanya sebulan sekali.

Dalam pada itu, Wong mahu Kementerian Kesihatan persekutuan memberi keutamaan untuk melatih pegawai perubatan dari Sabah sebagai langkah ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan hospital di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata tunggakan bil warga asing di hospital di Sabah perlu ditangani secara seimbang tanpa menjejaskan kualiti rawatan terhadap pesakit

Wong berkata antara langkah awal bagi mengatasi masalah bil tidak berbayar termasuk memastikan pesakit asing membayar dahulu separuh daripada anggaran jumlah kos rawatan.

“Sebagai hospital, ada etika iaitu perlu merawat pesakit tetapi ada pesakit yang tidak mampu, sebab itu kita (kementerian) masih mencari penyelesaian komprehensif dalam mengurangkan bil tidak berbayar,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan