Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bakal dedah suspek MH17

JULIE
JULIE

Sydney: Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata pihak yang memainkan peranan penting dalam penembakan penerbangan MH17 mungkin diumumkan pada hujung tahun ini.

Australia sebahagian siasatan Belanda dalam nahas Julai 2014 itu yang membunuh 298 penumpang dan anak kapal termasuk 38 dari Australia.

Siasatan awal diumumkan minggu lalu merumuskan pesawat itu ditembak peluru berpandu buatan Russia.

Siasatan juga mengenal pasti kira-kira 100 orang memainkan peranan penting.

“Saya menjangka senarai mereka yang boleh dipertanggungjawabkan atas kejadian itu disahkan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan. Seterusnya pendakwaan boleh dimulakan.

“Kami menggesa Russia bekerja sama dan membantu pasukan siasatan sepenuhnya supaya mereka yang bertanggungjawab boleh diambil tindakan,” katanya kepada Australian Broadcasting Corporation.

Menurutnya, ada beberapa pilihan jika Russia memveto usaha penyiasat untuk mendapat sokongan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk masyarakat dunia mewujudkan tribunal untuk ‘proses pendakwaan ala Lockerbie.’

Ini merujuk kepada tribunal antarabangsa khas Scotland yang bersidang di Belanda untuk menyiasat letupan pesawat Pan Am di Lockerbie, Scotland, pada 1988.

Sementara itu, Julie berkata, satu lagi pilihan adalah pendakwaan secara domestik di Belanda yang lebih mudah tetapi perlu diberi kuasa sewajarnya termasuk mengarahkan ekstradisi pihak bersalah. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan