Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bakakuk dirampas pemilik di reman

1:47pm 13/11/2015 Ann Vivien 924 views Jenayah,Tempatan
Douglas (kiri) dengan dua laras senapang rampasan

Douglas (kiri) dengan dua laras senapang rampasan

KENINGAU:  Selaras senapang patah buatan sendiri (Bakakuk) telah dirampas dan pemilik nya ditangkap dalam satu serbuan ke sebuah rumah diKampung Sunsuron Tambunan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau Douglas Nyeging Taong berkata bertindak atas maklumat sepasukan anggota polis diketuai oleh Insp.Roning Mulut telah menjalankan serbuan keatas rumah tidak bernombor itu dan menjumpai bakakuk dan dua butir peluru hidup didalam rumah tersebut.

Senapang dan peluru tersebut telah dirampas dan suspek  direman sehingga Nov 14 untuk membantu siasatan di Bawah SEK.8(a) Akta Senjata 1660.

Dalam kes yang berasingan, seorang pekerja syarikat di Sungai Milian Sook, Keningau membuat laporan polis tentang selaras senapang angin, empat buah peluru hidup dan peralatan memancing yang dijumpai terletak di tepi sungai Milian.

Menurut Douglas kejadian tersebut berlaku sewaktu pengadu sedang membantu Jabatan Hidupan Liar membuat tugasan sekatan jalan raya.

“Sebuah motosikal yang  ditunggangi seorang lelaki dan seorang pembonceng cuba mengelak dari sekatan untuk ke hutan  simpan dan berpatah balik. Mereka telah membuang sesuatu kedalam semak. Pengadu telah membuat pemeriksaan ke kawasan semak itu dan menjumpai senapang angin dan peluru hidup tersebut.”

Pihak polis sedang mengenal pasti pemilik barang-barang rampasan tersebut. Siasatan dilakukan dibawah SEK 8(a) Akta Senjata 1960 jika sabit kesalahan boleh  dikenakan hukuman penjara selama tidak melebihi tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.- Nanus Gray/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan