Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bajet: Sabah catat imbangan perdagangan yang positif

4:38pm 18/11/2016 Leolerry Lajius 0 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU: Momentum pertumbuhan ekonomi dalam konteks ekonomi Negeri Sabah dijangka stabil pada tahun hadapan  berikutan pertumbuhan ekonomi global yang sederhana.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Negeri Sabah telah mencatatkan imbangan perdagangan yang positif iaitu sebanyak RM4.9 bilion manakala jumlah pelaburan terkumpul yang telah berjaya direalisasikan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah meningkat dan mencecah RM57 bilion berbanding RM53.8 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2015.

Menurut Musa, perangkaan menunjukkan setakat 30 Jun tahun ini, jumlah pinjaman komersial yang telah diluluskan kepada Sektor Perdagangan Borong dan Runcit serta Sektor Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman telah mencecah sebanyak RM5.1 bilion.

“Dalam masa yang sama jumlah pinjaman komersial yang telah diluluskan kepada sektor Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan juga telah menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus dan mencecah nilai RM3.9 bilion.”

“Berdasarkan senario dan persekitaran ekonomi semasa, dan ramalan prospek ekonomi global yang lebih cerah serta jangkaan pemulihan harga-harga komoditi pada tahun hadapan di samping keteguhan sektor pelancongan, maka ekonomi Negeri Sabah diramal akan bertumbuh pada kadar 4 peratus hingga 4.5 peratus pada tahun 2017,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa dengan mengambil kira persekitaran ekonomi global, Kerajaan Negeri menganggarkan kutipan hasil tahun 2017 adalah sebanyak RM3,817.56 juta.

“Justeru, saya mohon mencadangkan perbelanjaan 2017 sebanyak RM3,784.73 juta. Ini akan memberikan lebihan atau surplus sebanyak RM32.83 juta,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2017 Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan