Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bajet Sabah 2016 disambut baik

3:48pm 21/11/2015 Dewiana Tinggolongon 6 views Mutakhir

siringan gubat

KOTA KINABALU- Bajet 2016 disambut gembira oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Siringan Gubat.

Beliau berkata bajet sebanyak RM4.1 juta yang diperuntukkan untuk kementeriannya itu dianggap mencukupi sungguhpun berlaku pengurangan bajet.

“Jumlah yang diberikan adalah hampir sama dengan bajet yang diberikan tahun lalu namun ia masih mencukpi semua keperluan kementerian ini,” katanya ketika ditemui oleh pemberita dalam ICT Fiesta di pusat beli-belah Suria Sabah di sini hari ini (Sabtu).

Menurutnya, beliau berterimakasih atas bajet berkenaan kerana ia masih memuaskan sungguhpun keadaan ekonomi negeri ini tidak begitu baik.

Katanya, ekonomi di negara dan khasnya di Sabah mendapat kesan ekoran daripada perubahan ekonomi global yang tidak menentu.

“Namun kalau kita lihat bajet pada tahun ini ialah Surplus iaitu menunjukkan ekonomi bagus dibandingkan dengan bajet seimbang atau defesit ,” ujarnya lagi.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan