Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bajet RM10 Juta Diperlukan Untuk Naiktaraf Jalan di Donggongon

2:56pm 26/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 277 views Laporan Sidang DUN,Tempatan
Datuk Bobbey Suan

Datuk Bobbey Suan- Foto oleh Jimmy Tan/Sayangsabah

KOTA KINABALU- Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengemukan cadangan bajet sebanyak RM10 juta dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) untuk pembaikan jalan raya di bandar Donggongon, Penampang.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Bobbey Suan berkata punca utama kesesakan lalu lintas di bandar Donggongon adalah disebabkan kekurangan tempat letak kereta dan kapasiti jalan sedia ada.

“Masalah kekurangan kemudahan infrastruktur tersebut telah menjejaskan aliran trafik terutamanya pada masa-masa tertentu yang terdapat acara seperti Tamu”, katanya ketika dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini (Khamis).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Edwin @ Jack Bosi (DAP- Kapayan) yang ingin tahu mengenai rancangan kerajaan untuk menangani masalah keadaan lalu lintas sesak yang serius di bandar Donggongon, Penampang.

Disamping itu, Bobbey juga berkata pihak JKR telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut termasuklah melebarkan dan menaiktaraf Jalan Donggongon- Papar.

“Jalan di kawasan tersebut sedang dinaiktaraf ke dua lorong dua hala dan pembinaan jalan ini akan dijangka siap pada penhujung tahun 2016”, tambahan beliau.

Selain itu, pihak kerajaan juga berhasrat untuk menaiktaraf jalan dari simpang Donggongon sehingga ke Kampung Kolopis dengan membina jalan raya dua lorong dua hala sebagai sebahagian daripada rangkaian Jalanraya Pan Borneo.

Menurut Bobbey lagi, rekabentuk terperinci untuk projek ini akan bemula pada tahun hadapan dan pembinaan dijangka akan bermula pada tahun 2017. Oleh- Elezebeth Esther/ SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan