Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bajet Negeri Sabah 2017 diluluskan

KOTA KINABALU: “Dengan penglibatan semua pihak, kerajaan dan pembangkang Bajet Negeri Sabah 2017 telah diluluskan dalam persidangan pada kali ini.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ketika ditemui media selepas Persidangan DUN mesyuarat ketiga penggal keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.

“Kita yakin bajet ini akan memberikan manfaat kepada semua golongan dan tidak akan ada golongan memerlukan yang akan dipinggirkan daripada menikmati bantuan atau kemudahan yang disediakan oleh kerajaan,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa buat pertama kalinya bajet pada tahun ini, memperuntukkan sebanyak RM53 juta sebagai peruntukan khas sebagai tambahan kepada peruntukan sedia ada untuk golongan yang memerlukan dan juga sektor-sektor yang penting.

Tambah beliau, persidangan pada kali ini juga turut membincangkan beberapa isu penting penting seperti MA63 dan isu bekalan air serta projek-projek luar bandar.

“Menyentuh soal hak dan kepentingan kita dalam isu MA63, kita tetap membela, memperjuangkan dan mempertahankan apa yang termaktub dan telah dipersetujui.”

“Kita di pihak kerajaan telah memberikan penjelasan dan fakta yang jelas berkaitan isu ini dan menjawab apa sahaja persoalan yang dibangkitkan,”katanya.-Oleh Leolerry lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan