Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bajet diharap mengekalkan peruntukan pembangunan rakyat

Datuk Raimie Unggi
Datuk Raime Unggi

TENOM:Bajet 2016 yang akan dibentangkan semula oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak nanti diharapkan  dapat mengekalkan peruntukan kepada pembangunan pelbagai lapisan rakyat di luar bandar.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, ia penting bagi mengekalkanya kerana rakyat masih memerlukan pembangunan daripada pihak kerajaan agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa selain dapat membela nasib mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas perkara tersebut selepas merasmikan majlis perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Malidulrasul peringkat daerah Tenom di Dewan Seri Panglima Antanom di sini pada sabtu.                        

Katanya, selain mengutamakan pembangunan rakyat yang memerlukannya diharapkan peruntukkan pembiayaan mikro perniagaan,pendidikan dan sebagai yang memberi manfaat kepada rakyat juga dapat dikekalkan dalam meneruskan kelangsungan hidup.                        

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Tenom merangkap Ketua Pemuda Penerangan Umno Malaysia Jamawi Jaffar turut menyuarakan pandangan sama. Katanya, dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil masa kini kerajaan perlu membuat sesuatu perkara dengan mengamalkan penjimatan dengan menggunakan kemudahan sedia ada dan bukannya menggunakan kemudahan yang memerlukan kos tinggi.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan