Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BAJET 2019: PERUNTUKAN YANG DIBERI AKAN DIPERINCIKAN -MOHD AZIS

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang menunggu pihak kerajaan untuk memperincikan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion pada Pembentangan Bajet 2019 yang diberikan kepada Kementerian Pertahanan dan KDN dalam mempertingkatkan keselamatan dalam negeri serta pertahanan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Azis Jamman berkata peruntukan bajet terbabit belum lagi
diperincikan dan pihaknya kini menunggu Kementerian Kewangan untuk memberikan perincian secara khusus.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Azis Jamman ketika ditemui pemberita selepas hadir Ujian Kemahiran Menembak (UKM) PDRM bersama TYT Sabah di Lapang Sasar IPK Sabah. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Setakat ini saya belum menerima maklumat pembahagian peruntukan samada bagi air atau elekterik dan sebagainya termasuklah peruntukan untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Bajet diberikan secara sekaligus dalam KDN dan kita amat berterima kasih untuk peruntukan kali ini yang mana Kementerian Dalam Negeri menduduki tempat ketiga pembahagian peruntukan bajet paling banyak dalam bajet 2019,” katanya.

Mengulas lebih lanjut berkenaan bajet kepada ESSCOM, beliau berkata pihaknya akan melihat perkara itu dengan lebih lanjut dengan mengambil berat terhadap isu-isu keperluan di sana.

Azis berkata pihaknya menyambut baik peruntukan yang disalurkan bagaimanapun beliau menyarankan agar bajet keselamatan perlu ditambah.

“Kita memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan kini bagaimanapun kos keselamatan
diharapkan agar ditambah dalam usaha meningkatkan lagi kawalan keselamatan di negara ini.

“Kos penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters kerajaan sebanyak RM400 juta juga perlu ditambah berikutan ianya memerlukan kos yang besar dalam memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya pasukan keselamatan seperti polis dan tentera,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya akan melihat maklumat perincian bajet yang diberikan untuk menyelaraskan sebarang perntukan kepada pasukan keselamatan.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan serta pihak keselamatan sentiasa bersiap sedia terhadap sebarang ancaman serta cubaan anasir luar masuk ke dalam negara.

“Kita sering menerima maklumat risikan berkenaan ancaman jenayah rentas sempadan dan pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia serta mengambil serius perkara ini termasuk apa juga maklumat yang diterima samada ianya khabar angin atau sebaliknya.

“Usaha ini akan terus ditingkatkan kerana kita tidak mahu insiden penculikan akan berulang seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas Ujian Kemahiran Menembak (UKM) Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Lapang Sasar IPK Sabah, Kepayan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan