Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bajet 2018 Untuk Semua Rakyat – KSN

PUTRAJAYA – Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini bukan sahaja akan memberi harapan kepada penjawat awam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata Bajet 2018, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan prestasi ekonomi dan kecemerlangan negara secara keseluruhannya.

“Sekarang (Bajet 2018) dalam proses, kita perlu lihat hasil dan peruntukan untuk pembangunan dan operasi,”katanya diminta mengulas ucapan Najib pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 semalam bahawa beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018.

Mengenai amanat perdana menteri mengenai enam falsafah perhidmatan awam ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang antara lain menyentuh prinsip ‘Wala’ atau kesetiaan, Ali berkata perkhidmatan awam sentiasa menyokong padu dan melaksanakan segala dasar yang diluluskan kerajaan.

“Perdana Menteri telah memberi ucapan cukup padat khususnya dari segi perkembangan yang dilalui negara terutamanya pentadbiran perkhidmatan awam yang membawa negara ke tahap membanggakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Seminar Tahunan Kesihatan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini hari ini.

Menurutnya, kedudukan Malaysia di tangga ke-23 daripada 137 negara di dalam Laporan Daya Saing Global 2017/2018 oleh Forum Ekonomi Dunia adalah hasil daripada kerjasama pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam.

Mengenai seminar anjuran Puspanita itu, Ali berkata ia dapat menimbulkan kesedaran mengenai kesihatan terutamanya penyakit jantung dan kemudahan yang disediakan kerajaan bagi rawatan penyakit itu.

Pada majlis yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min itu, Ali turut menyampaikan sumbangan Puspanita berjumlah RM400,000 kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Serdang, Selangor. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan