Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bajet 2017: RM 219.84 juta diperuntukkan untuk pembangunan modal insan

6:11pm 18/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 15 views Tempatan
KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri memperuntukkan RM219.84 juta bagi melaksanakan dan menyokong program-program pembangunan modal insan di negeri ini.
Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah berkata kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam aspek pembangunan modal insan.
” Pelaburan dalam pendidikan, latihan, kemahiran, keusahawanan dan pembelajaran secara berterusan berupaya menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran, berwawasan serta kreatif dan inovatif,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 pada Persidangan DUN, disini, hari ini.
Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM95.81 juta  bagi membantu memperkasakan golongan belia, meningkatkan kecemerlangan sukan dan mengarus-perdanakan pembangunan wanita.
” Kerajaan Negeri komited untuk menerajui pembangunan belia dan sukan di negeri ini ke arah mencapai visi bagi melahirkan belia perkasa dan atlet bertaraf dunia. Aspirasi pemerkasaan belia dan kecemerlangan sukan ini adalah tanggungjawab semua peringkat dan perlu digagahi bersama,” katanya.
Disamping itu, katanya, peranan dan sumbangan kaum wanita dalam arus pembangunan juga akan diteruskan bagi menyokong keharmonian sosio-ekonomi dan keseimbangan pembangunan daripada aspek gender.
” Selaras dengan itu, pada tahun hadapan, satu Advanced Program yang akan memberikan pendedahan mengenai  persekitaran dan budaya kerja berbeza kepada para peserta WOS (Women of Substance) akan dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita.
” Program ini bertujuan untuk melahirkan bakal-bakal pelapis pemimpin wanita yang mantap, berketrampilan dan berkarisma. Lebih jauh daripada itu, kepimpinan, ketrampilan dan keupayaan wanita ini bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada mereka tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat amnya,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan