Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bajet 2017 mampu kekalkan kemampanan ekonomi negara

8:22pm 21/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 24 views Politik,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
MUSA (dua kanan, barisan hadapan) dan  Syed Abas (kanan) bersama menteri- menteri menyaksikan Pembentangan Bajet 2017 di Kediaman rasmi beliau di Sri Gaya, hari ini.

MUSA (dua kanan, barisan hadapan) dan Syed Abas (kanan) bersama menteri- menteri menyaksikan Pembentangan Bajet 2017 di Kediaman rasmi beliau di Sri Gaya, hari ini.

KOTA KINABALU- Inisiatif yang diambil pihak kerajaan menerusi Bajet 2017 berupaya memastikan ekonomi negara terus mampan dan berada di landasan yang positif, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.

Katanya, Bajet tersebut membuktikan komitmen tinggi kerajaan dalam memastikan ekonomi negara terus berkembang dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu.

” Bajet ini memberikan jaminan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos dan kelembapan ekonomi. Antaranya menerusi peningkatan jumlah BR1M mengikut kategori,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyaksikan Pembentangan Bajet 2017 di kediaman rasmi beliau, dekat sini, hari ini.

Menurut Musa, kerajaan negeri berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang terus memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah menerusi peruntukan dalam Bajet tersebut.

” Antaranya, pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang baharu di Sabah, Lebuhraya Pan Borneo, NRC, perlaksanaan projek Koridor Pembangunan Sabah (SDC), menaiktarafkan Jalan Lok Kawi- Pengalat- Papar, pembinaan semula stesen janakuasa Sandakan.

” Begitu juga keperluan asas rakyat seperti jalanraya, bantuan sekolah daif, bekalan elektrik, jalanraya, perumahan rakyat, dan bantuan musim tengkujuh serta projek- projek mesra rakyat,” katanya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali, Timbalan- timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin dan Datuk Seri Panglima Raymond Tan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan