Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,998

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bajet 2017: Bantuan Khas RM500 kepada penjawat awam

5:11pm 18/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 135 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU- Bantuan khas sejumlah RM 500 diberikan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan anggota Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata pembayaran bantuan khas tersebut akan dibuat secara serentak dengan gaji pada bulan Januari 2017.

” Penjawat awam adalah nadi dan jantung kerajaan. Kejayaan dasar-dasar dan program pembangunan kerajaan sangat bergantung kepada keberkesanan dan keutuhan para penjawat awam,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 dalam Persidangan DUN, disini, hari ini.

Selain itu, Musa berkata kerajaan negeri turut bersetuju untuk menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam negeri daripada RM 350 ribu kepada RM 500 ribu.

Katanya, kerajaan mengambil berat tentang isu kemampuan memiliki rumah sendiri di kalangan penjawat awam di negeri ini.

” Sesungguhnya, perjuangan untuk membela rakyat dan memajukan negeri di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) ini tiada penghujungnya,” katanya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan