Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bajet 2016 menjaga kebajikan rakyat

5:16pm 22/11/2015 Ann Vivien 12 views Isu Semasa,Tempatan
 Rubin menyampaikan sijil kepada peserta  kraf kreatif.

Rubin menyampaikan sijil kepada peserta kraf kreatif.

TENOM: Bajet 2016 bagi kerajaan Negeri Sabah yang diumumkan oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada Khamis lalu  amat bertepatan dalam menjaga kebajikan pelbagai lapisan rakyat di seluruh pelusuk negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, bajet kali ini banyak menjurus kepada pembangunan penyediaan infrastruktur luar bandar,peruntukkan pembangunan usahawan dan peningkatan kemahiran penduduk setempat dalam menjana pendapatan sosioekonomi melalui pelbagai peluang yang diberikan daripada pihak kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) .

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutupan Program kraf kreatif anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga MPWK Tenom dengan kerjasama  Pergerakan Wanita Umno Tenom di Rumah Kebudayaan Kampung Bamban pada Sabtu.

Katanya, walaupun keadaan ekonomi negara pada masa kini tidak stabil disebabkan oleh pasaran ekonomi global namun kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri tetap kukuh diatas komited dan peranan setiap agensi kerajaan dalam mengalas tugas masing-masing.

Pada masa sama Datuk Rubin berharap bajet akan datang untuk negeri Sabah akan terus  menfokuskan kepada penyediaan  pasarana pembangunan di luar bandar yang amat memerlukan dan  peningkatan jumlah hasil pungutan pendapatan cukai negeri untuk disalurkan kepada pembangunan rakyat.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan