Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bahasa Kebangsaan wadah perpaduan rakyat

Kota Kinabalu : Penggunaan Bahasa Kebangsaan perlu dimartabatkan sebagai wadah perpaduan rakyat.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata​,​ ​bahasa merupakan salah satu pemangkin perpaduan rakyat pelbagai kaum.

“Semangat cinta akan bahasa perlu disemai secara kreatif dan terus menerus, agar rakyat sentiasa memartabatkannya sebagai unsur penting dalam pembentukan tamadun bangsa Malaysia.

“Bagi menjayakan matlamat ini, kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan tanpa mengira perbezaan kaum dan status sosial,”​ katanya semasa merasmikan ​Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2017 Peringkat Negeri Sabah di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, pagi ​tadi​.

​T​eks ucapan​ beliau ​di​bacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi.​ ​

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera​,​ Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur​, Padilah Ali​ berkata​,​ BBK merupakan acara tahunan yang dilaksanakan ​sejak ​dari tahun 1960​-​an.

“BBK menjadi sebahagian acara tahunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mendapat sokongan penuh kerajaan Malaysia.

“Ia merupakan kempen kesedaran terhadap kepentingan bahasa kita yang berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pemersatu,”​ ​katanya.

Pelbagai pengisian aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan yang diadakan sempena ​Bulan Bahasa Kebangsaan dengan tema ‘Bahasa Jiwa Bangsa’​ setiap kali menjelang Oktober.​/​Penerangan-

Kamarlin ​menyempurnakan gimik Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2017 Peringkat Negeri Sabah.

Komen


Berita Berkaitan