Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bahasa atau jenis sekolah bukan ukuran bagi pemberian bantuan

8:01pm 03/01/2016 Leolerry Lajius 9 views Tempatan
IMG_8101

Tuan Chong Sin Woon menyampaikan cek bantuan kepada wakil setiap sekolah, diiringi oleh Datuk Masidi, Datuk Wee dan Datuk Jame.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Bahasa atau jenis sekolah bukan ukuran bagi pemberian bantuan kewangan tetapi ia dilihat kepada aspek keperluan untuk meningkatkan kualiti dan sokongan kepada penambahbaikkan infrastruktur di sekolah tersebut.

Demikian ungkapan, Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun ketika berucap sempena majlis penyampaian cek kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Mubaligh di Auditorium Menara Tun Mustapha mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman petang tadi.

“Sabah sememangnya terkenal sebagai negeri yang menitikberatkan perpaduan dan perbezaan agama mahupun bahasa tidak menjadi isu dan sebagai contohnya SJKC Pai Wen Ranau, 65 peratus daripada pelajarnya bukan berbangsa cina,”katanya.

Tambah beliau, senario itu memperlihatkan bahawa aspek jenis sekolah tidak menjadi ukuran kepada tempat menuntut ilmu tetapi ia adalah bergantung kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu di mana-mana sekolah yang mereka pilih.

Jumlah bantuan bagi tahun 2015 adalah lebih daripada RM20 juta yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada lebih 100 buah sekolah yang terlibat.

“Saya percaya, dengan adanya bantuan  seumpama ini, ia dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung kos harian, menjalankan program berkaitan dan penambahbaikkan institusi serta keagamaan masing-masing,” katanya.

 Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan II Tuan Chong Sin Woon, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip.

Bantuan tersebut merupakan sumbangan yang diberikan kepada badan-badan keagamaan, sekolah-sekolah persendirian cina dan sekolah swasta (Mission) di seluruh negeri yang diberikan setiap tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan