Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BAHANG PIALA MALAYSIA SEMAKIN DIRASAI SABAH: JELIUS

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating memuji semangat juang ditunjukkan pemainnya selepas menundukkan Selangor 2-1 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

Jurulatih bola sepak Sabah, Jelius Ating. Gambar SNT / Ehsan Raymond Henry Gusi

Menurutnya, skuad Badak kini semakin berasa bahang suku akhir Piala Malaysia selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan tiga kemenangan dan satu seri.

“Taktik permainan kita semalam berhasil menghadiahkan kemenangan buat Sabah apatahlagi kami beraksi di gelanggang lawan, jadi saya menyifatkan tiga mata semalam amat berharga buat kami.

“Bukan mudah sebenarnya bermain dengan pasukan seperti Selangor tetapi corak taktikal permainan yang tidak beraksi secara open game (perlawanan terbuka) benar-benar menjadi kerana meskipun kami diasak bertubi-tubi kami mampu mengawal benteng daripada dibolosi tuan rumah pada separuh masa pertama.

“Ini merupakan persembahan terbaik yang ditunjukkan oleh pemain. Kami tidak menjangkakan boleh mencapai prestasi ke peringkat ini tetapi dengan rekod bersih setakat ini, kami harus yakin dengan kemampuan sebenar Sabah,” katanya kepada Sabah News Today.

Gol kemenangan Sabah dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Hector Omar Lebron dan Rodoljub Roki Paunovic masing-masing pada minit ke-52 dan minit akhir perlawanan, manakala Selangor mendapat gol saguhati menerusi penalti yang disempurnakan Rufino Segovia minit kedua masa kecederaan.

Ia merupakan kekalahan kedua Selangor yang juga juara 33 kali Piala Malaysia dalam rekod pertemuan dengan Sabah untuk saingan diperingkat Kumpulan D piala berprestij itu musim ini.

Dalam pada itu, Jelius berkata, dia yakin pemainnya mampu meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu PKNP FC di Stadium Batu Kawan.

“Mengikut perkiraan kami sudah layak ke suku akhir, tetapi selepas PKNP FC dan Pahang sekadar seri tanpa jaringan minggu lalu, kami kini memerlukan satu mata untuk mengesahkan kedudukan.

“Sebolehnya kami mahu menang ke atas PKNP FC kerana kami tidak mahu menunggu untuk menjadi pasukan awal layak ke suku akhir Piala Malaysia,” jelasnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan