Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bahan peledak bom ikan punca letupan

pulaugaya

KOTA KINABALU: Siasatan awal bomba mendapati beberapa letupan yang kedengaran dalam kebakaran besar di Kampung Pondo, Pulau Gaya, kelmarin, dipercayai berpunca daripada bahan peledak untuk membuat bom ikan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Fauzi, berkata ia berdasarkan siasatan awal susulan maklumat yang diterima daripada orang awam di tempat kejadian.

Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan walaupun pada peringkat awal ini letupan itu dipercayai daripada bahan untuk membuat bom ikan. Setakat ini punca sebenar kebakaran belum diketahui dan masih dalam siasatan, katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Komen


Berita Berkaitan