Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bahan mentah murah, tetapi harga makanan dijual mahal

10:47pm 04/02/2016 Leolerry Lajius 83 views Tempatan
Yahya (kanan) ketika memeriksa harga barangan di pasar raya Giant.-Gambar Oleh Alex Mairin

Yahya (kanan) ketika memeriksa harga barangan di pasar raya Giant.-Gambar Oleh Alex Mairin

PENAMPANG: Seramai 300 anggota di bawah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah digerakkan untuk membuat pemantauan harga barangan sempena Tahun Baru Cina 2016 di seluruh Sabah.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNKK Yahya Bin Sujak, sejak bulan januari yang lalu sebanyak 5,000 pemeriksaan telah dilaksanakan oleh pihak KPDNKK di seluruh negeri ini.

“Sehingga kini pihak kami telah merekodkan sebanyak 94 kes kesalahan yang lebih tertumpu di bawah akta kawalan harga dan sebanyak lima notis telah dikeluarkan ke atas peniaga yang sengaja menaikkan harga barang,”katanya ketika sidang media sempena program Walkabout musim perayaan Tahun Baru Cina 2016 di pasar raya Giant Penampang petang tadi.

Tambah beliau, antara isu utama yang berlaku di negeri ini adalah harga makanan yang dijual di kedai makan terlalu tinggi sedangkan bahan mentah seperti makanan laut dijual pada kadar harga yang rendah.

“Mana boleh kita di Sabah, bahan mentah dan kadar gaji pekerja adalah rendah tetapi pengusaha kedai makan memberikan harga yang tinggi terhadap makanan di kedai mereka dan saya berharap agar masyarakat juga akan bekerjasama untuk menangani masalah ini,”katanya.

Sempena Tahun Baru Cina kerajaan telah mengumumkan terdapat 13 jenis barang dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang akan berkuatkuasa pada 3 hingga 14 Februari.

Jika didapati terdapat peniaga yang tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada pihak KPDNKK melalui, talian 1-800-886-800 atau email ke [email protected]dan juga melalui SMS ke 15888 dengan manaip “KPDKK ADUAN<butiran aduan>”.Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan