Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik menyerbu Perjudian Wahui

7:39pm 16/08/2016 Pak Roshan 1307 views Jenayah,Mutakhir

wahui

wahui2

TAWAU : Semalam, bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang diketuai oleh ASP Joan Lee telah membuat serbuan di bawah Flat E bangunan Flat Sri Titingan yang dipercayai sedang menjalankan aktiviti perjudian haram jenis ‘ Wahui ‘.

Setibanya di lokasi, aktiviti jual beli sedang dijalankan dan suspek seorang lelaki remaja berumur 17 tahun telah ditangkap dan beberapa orang saksi umur antara 40an ke 50an turut ditahan dan dijadikan saksi. ASP Joan Lee bersama anggota trafik memeriksa beg sandang warna hitam yang mengandungi wang sebanyak rm 6 dan beg oren yang berada berhampiran dengan suspek mengandungi beberapa keping borang kosong,kalkulator serta di atas meja pula terdapat papan kertas ‘ Wahui’, henpon, kertas pantun dan lain – lain. Barang ini dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti Wahui.

Suspek yang berusia 17 tahun itu mengaku telah berhenti sekolah kerana tidak mampu meneruskan pelajarannya atas desakan hidup. Menjadi ejen ‘ Wahui ‘ dengan menerima komisen dari ‘ dalang Wahui’ membabitkan remaja ini kepada kancah perjudian.

Seorang lelaki warga emas juga turut dijadikan saksi kerana telah membeli dan menjadi pelanggan tetap perjudian ‘ Wahui ‘ sepanjang aktiviti tersebut berjalan di kawasan Flat Sri Titingan. 6 nombor telah dipertaruhkan yang bernilai Rm6.00.Duit rm 6 tersebut turut dirampas dan dijadikan barang kes.

Suspek serta kesemua saksi-saksi di tempat kejadian telah dibawa balik ke Balai Polis IPD Tawau untuk disoal siasat. Kes telah di siasat di bawah seksyen 4(A)a Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan