Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bagi sama rata

10:41am 23/10/2016 Pak Roshan 1567 views Global
SEORANG pekerja membina tembok untuk membahagikan rumah pasangan berkenaan. - Agensi

SEORANG pekerja membina tembok untuk membahagikan rumah pasangan berkenaan. – Agensi

Moscow: Satu pasangan yang memfailkan perceraian di mahkamah terkejut selepas hakim mengarahkan semua harta dibahagi dua termasuk membina dinding bagi memisahkan rumah mewah yang didiami mereka.

Margarita Tsvitnenko, 45, memfailkan perceraian dengan suaminya, Sergey, 52, selepas lelaki itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Selepas perbicaraan di mahkamah, hakim mengesahkan perceraian pasangan itu dan mengarahkan semua harta mereka dibahagi sama rata.

Aset utama pasangan itu, sebuah rumah mewah bernilai £2 juta (RM10.24 juta) yang terletak di kawasan kejiranan elit, Rublyovka di sini juga perlu dibahagi dua.

Margarita berkata, selepas keputusan berkenaan seorang pakar dilantik mahkamah datang ke rumah kami bagi membahagikan kediaman ini. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan