Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bagaimana Mendapatkan Haji Yang Mabrur

12:31pm 15/09/2016 Zakir Sayang Sabah 35 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam dirafa’kan kepada Nabi Muhammad Sollalahhu ‘AlaihiWasallam  yang diutuskan sebagai rahmat kepada sekalian alam.

SoalanPertama : Apakah yang dimaksudkan dengan haji?

Jawapan : Haji adalah salah satu rukun dari rukun-rukun Islam, sesiapa yang mengerjakannya maka dia telah mendirikan agamanya. Bagi sesiapa yang meninggalkan kesemua rukun-rukun Islam maka rahmat tuhan akan terhijab daripadanya. Kepada sesiapa pula yang meninggalkan salah satu rukun daripada rukun-rukun Islam, dia telah melakukan satu kesalahan yang sangat besar yang membolehkan azab tuhan menimpa dirinya.

Allah berfirman yang maksudnya (“Dan [ di antara ] kewajipan manusia terhadap Allah adalah mengerjakan ibadah haji ke Baitullah iaitu bagi orang – orang yang mampu, Barangsiapa yang mengingkari [kewajipan] haji, ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya [tidak berhajatkan sesuatu pun] daripada sekalian alam “ [Surah Ali – Imran : 97] ).

Hadis nabi yang diriwayatkan mengenai fadhilat haji cukup banyak sekali, antaranya sabda nabi “ Haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga “. Hadis ini merupakan hadis yang telah disahkan sahih oleh kesemua ulama’ hadis yang terkenal.

Selain itu, terdapat hadis nabi yang sahih menunjukkan bahawa haji yang mabrur merupakan salah satu daripada amalan terbaik yang  dilakukan oleh anak Adam.

Fadhilat haji tersangatlah besar, kesannya pula meliputi dunia dan akhirat. Antara fadhilat haji ialah seseorang muslim itu telah menunaikan salah satu daripada tuntutan syariat yang jika dia menunaikan haji, dia juga telah melakukan amalan terbaik setelah iman dan jihad, ini berdasarkan sebuah hadis nabi di mana Nabi Muhammad SAW telah ditanya ;

“ Apakah amalan terbaik”  Jawab nabi (“ Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian jihad di jalan Allah kemudian haji yang mabrur “{ Riwayat Imam Muslim dan lain-lain}).

Bahkan untuk pengetahuan semua, pahala mengerjakan haji bersamaan dengan pahala berjihad di jalan Allah bagi sesiapa yang tidak mampu berjihad, ini berdasarkan hadis nabi yang telah diriwayatkan oleh Saiditina Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud (“kepada kalian [para wanita] sebaik-baik jihad iaitu mengerjakan haji yang mabrur”).

Haji mempunyai pelbagai manfaat dari pelbagai bidang, antaranya bidang kemasyarakatan, pembangunan rohani dan pembangunan ekonomi. Allah telah berfirman yang maksudnya

“agar mereka [anak-anak Adam] menyaksikan berbagai-bagai manfaat untuk mereka”. { Surah Al-Hajj : 28 }.

Haji ini pada hakikatnya merupakan satu sekolah yang mendidik manusia akan kesabaran dan cara berinteraksi sesama manusia.

Soalan Kedua : Apakah yang dimaksudkan dengan haji yang diterima?

Jawapan : Haji yang diterima di sisi Allah itu merupakan haji yang memenuhi beberapa syarat berikut :

  • Ikhlas semata-mata kerana Allah dan jauh daripada riya’ dan nifaq.
  • Melakukan haji dengan harta yang halal, jika seseorang itu berhaji dengan harta yang haram, akan dikatakan kepada dia “panggilan mu tidak disahut, tidak ada kebahagiaan buat kamu, pakaianmu haram dan makananmu haram”.
  • Taubat nasuha ( taubat yang sebenar-benarnya ) yang syaratnya si pemohon bertaubat dengan bersungguh – sungguh dengan menyesali dosa-dosa yang telah dialakukan, berazam untuk tidak kembali mengerjakan dosa tersebut dan segera mengembalikan hak-hak manusia yang telah diakhianati.
  • Tidak melakukan sebarang maksiat sewaktu mengerjakan ibadah haji dan setelah mengerjakannya, tidak bertengkar dan bermusuhan sesama para jemaah haji yang lain. Allah telah berfirman yang bermaksud (“Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji, maka janganlah dia mengatakan perkara-perkara yang kotor, berbuat maksiat dan bertengkar dalam mengerjakan ibadah haji” { Al-Baqarah : 197 }). Nabi Muhammad pula telah bersabda (“Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji tanpa mengatakan perkataan yang kotor dan tidak bermaksiat, dia akan kembali seperti saat dilahirkan oleh ibunya” {Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim})

Soalan Ketiga : Apakah tuntutan ibadah haji untuk sekalian kaum muslimin di zaman yang penuh cabaran ini?

Jawapan : Ibadah haji mempunyai beberapa tuntutan penting untuk kaum muslimin, antaranya:

  • Sesungguhnya kaum muslimin adalah kaum yang satu dalam menyembah Allah, dalam mentauhidkannya, dalam mengagungkannya dand alam berkorban apa sahaja di jalan-Nya.
  • Ibadah haji menuntut kesatuan dalam perasaan, slogan dan amal ibadah. Bahkan ibadah haji menuntut kesamarataan dalam berpakaian, gerak geri dan tertib asas ibadah haji. Tuntutan ini memfokuskan kesatuan kaum muslimin di serata dunia yang seharusnya kita usahakan bagi mencapainya. Ibadah haji juga menunjukkan bahawa segala faktor-faktor atau anasir-anasir kesatuan telah tersemat sejak azali di jiwa umat ini, maka mengapakah kita masih berselisih?
  • Ibadah haji menuntut kaum muslimin agar memanfaatkan haji dengan pembangunan ekonomi individu agar manfaat ibadah haji dapat dijelmakan. Firman Allah  : (“agar mereka (anak-anak Adam) menyaksikan berbagai-bagai manfaat untuk mereka”. { Surah Al-Hajj : 28 }). Ibadah haji juga menuntut kesatuan aqidah dan kepentingan bersyura sesama muslimin.

Soalan Keempat : Bagaimanakah haji memberikan kesan positif dalam kehidupan seorang selepas dia menunaikan ibadah haji?

Jawapan : Sesungguhnya antara kesan daripada haji yang mabrur  yang dapat dicerminkan oleh seorang muslim bila mana dia telah menunaikan ibadah haji ialah tingkah laku dan sahsiahnya sebelum dan selepas haji adalah berbeza.

Selepas menunaikan ibadah haji tingkah laku seorang muslim akan berubah ke arah yang lebih baik. Inilah antara tujuan yang paling tinggi yang juga merupakan satu kayu ukur yang menunjukkan penerimaan Allah terhadap haji seseorang.

Sesungguhnya Allah telah menerangkan bahawa apa yang Dia tuntut adalah taqwa, firman Allah(“Daging [ binatang korban ] dan darahnya sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah taqwa kamu” { Surah Al-Hajj : 37 }). 

Sesungguhnya taqwa yang bersifat maknawi *itu ialah takutnya manusia daripada melakukan dosa kerana ianya membawa kepada “ kamu menyembah Allah seolah – olah kamu melihatnya, kalau kamu tidak mampu untuk ‘melihatnya’ sesungguhnya Dia melihatmu”.

Nasihat Umum

Saya mohon kepada saudara – saudari yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah supaya :

  • Ikhlas semata – mata kerana Allah dan berniat dengan sebenar-benarnya supaya mendapat perlindungan Allah daripada riya’ dan nifaq.
  • Bertaubatlah dengan taubat nasuha dan sempurnakanlah segala hak – hak manusiawi yang perlu disempurnakan sebelum menunaikan haji.
  • Menggunakan harta yang halal dalam menunaikan ibadah haji.
  • Bergaullah dengan baik sesama manusia, sematkanlah perilaku baik dan mulia dalam pergaulan sesama muslim, berakhlaklah dengan akhlak Islamiah yang mulia dalam berinteraksi bersama para jemaah haji yang lain, dalam berinteraksi dengan sahabat handai, dalam berinterakasi dengan para pelayan, dalam berinteraksi dengan para pekerja, dalam berinterkasi dengan para peniaga dan dalam berinteraksi dengan manusia seluruhnya. Sesungguhnya Allah telah menyuruh kita supaya membalas perbuatan jahat yang dilakukan terhadap kita dengan kebaikan. Firman Allah Taala’(“Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah [kejahatan itu] dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada permusuhan antara kamu dan dia akan menjadi seperti teman yang setia” { Surah Fussilat : 34 }) Dan sepertimana yang diketahui, kesan ibadah haji itu akan terjelma pada tingkahlaku seseorang manusia, agama adalah satu jelmaan perlakuan seseorang manusia dan Rasullullah diutuskan adalah hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
  • Menjauhi pertengkaran, perbualan kosong, mengumpat, menghasut dan sebagainya.
  • Menyibukkan diri dengan zikrullah dalam semua keadaan khasnya di Arafah, di Mina dan di Masjidil Haram. Janganlah mensiakan – siakan peluang ini supaya haji kalian menjadi haji yang bersih daridosa – dosa yang menjadikan kalian seolah –olah kembali ke hari kalian dilahirkan di muka bumi ini dan supaya haji kalian menjadi haji yang mabrur yang ganjarannya syurga dengan rahmat Allah. Insyaallah.

Dan kami akhiri doa dengan Allahdulillahi Rabbi ‘Alamin (segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam).

Selawat dan salam dirafa’kan kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan juga kepada keluarga dan sahabat – sahabatnya.

Sheikh Dr. Ali Qurrah Daghi

SetiausahaPersatuanUlama’ MusliminSedunia
Doha, Qatar
16 Ogos 2016

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan