Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Badminton MSS: Pasukan Pantai Barat juara lelaki dan bergu wanita

KOTA KINABALU: Pasukan badminton Bahagian Barat muncul juara acara perseorangan lelaki dan bergu wanita bawah 15 tahun dalam kejohanan badminton Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah yang diadakan di Kompleks Sukan  Likas di sini baru-baru ini.

Pasukan itu berjaya memperolehi 2 emas, 3 perak dan 11 gangsa.

Pingat emas  pertama diperolehi pasangan bergu wanita Sylwin Loo dan Shannia Dede, manakala emas kedua melalui acara perseorangan lelaki, Nevielle N. Luaran yang menewaskan rakan sepasukan Hamizan Moses.

Pengurus  Pasukan Sham  Jaafar berpuas-hati dengan semangat serta disiplin  yang dipamerkan oleh setiap pemain sepanjang kejohanan itu berlangsung pada 10 hingga 12 Februari lepas.

Pertandingan badminton MSS Sabah diadakan di Kompleks Sukan Likas pada 10 dan 12 Februari lepas, dirasmikan oleh Ketua Sektor  Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Ir Datu Jamigul Datu Salin.

Tiga  kategori  dipertandingkan iaitu  bawah 12, 15 dan 18 tahun melibatkan  lelaki dan wanita.

Pasukan Bahagian Barat diwakili oleh pemain dari SMK  Lok Yuk, SMK All  Saint, SMK LA Salle, SMK Tamparuli, SMK  Kian Kok, Maktab Sabah, SK  Lohan, SK  Pekan Kiulu, SK Mantob, SK St Paul Kolupis, SJK(C) St  James dan  SJK (C) Chung Hwa Kota Kinabalu. – Oleh MONICA GIDUNG / Sayangsabah

JUARA BADMINTON MSS… Pasukan badminton Bahagian Pantai Barat bergambar kenangan bersama pingat masing-masing. – foto Monica Gidung / Sayangsabah
JUARA BADMINTON MSS… Pasukan badminton Bahagian Pantai Barat bergambar kenangan bersama pingat masing-masing. – foto Monica Gidung / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan