Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Badi’uzzaman Said Al-Nursi; Kecerdasannya Luar Biasa

Gambar Hiasan

Badi’uzzaman Said al-Nursi atau nama sebenarnya, Said bin Mirza dilahirkan pada tahun 1877 di perkampungan kecil daerah Khizan, Turki.

Ketika itu, Turki di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, ketika akhir pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Namun, ada pendapat lain mengatakan beliau lahir pada tahun 1873.

Beliau berasal dari keluarga petani dan penternak yang hidup dalam sederhana. Kedua ibu bapanya pula berketurunan Kurdis dan bersanad dengan Rasulullah s.a.w.

Seawal usia sembilan tahun, beliau mulai merantau untuk mencari ilmu. Antara gurunya terdiri daripada Syeikh Muhammad Amin Afandi Tagh, Syeikh Muhammad Nur, Syeikh Muhammad al-Jalali, Syeikh Fathullah Afandi dan lain-lain.

Beliau gemar menghadiri majlis perbincangan para ulama di kampungnya. Bahkan, Badi’uzzaman Said al-Nursi turut dikenali sebagai seorang ulama yang memiliki kecerdasan luar biasa.

Ketika berumur 16 tahun, Badi’uzzaman Said al-Nursi mampu menewaskan hujah beberapa orang ulama serta tokoh terbilang ketika itu.

Mengenai kecerdasan akal Badi’uzzaman Said al-Nursi ini, turut diakui oleh gurunya sendiri, Syeikh Fathullah Afandi;

“Sungguh, keseluruhan kitab Jam’ul Jawami’ telah mampu dihafalnya hanya dalam satu minggu.”

Dan, disebabkan itulah beliau mendapat gelaran ‘Badi’uzzaman’ yang bermaksud, ‘kekaguman zaman’.

Jelas, ini semua adalah hasil didikan ibu bapanya yang sangat menitikberatkan pendidikan agama serta kepentingan sumber makanan yang halal untuk anak mereka.

Beliau amat beruntung kerana memiliki keluarga yang peduli terhadap hal keimanan dan akhlak. Ayah Badi’uzzaman Said al-Nursi, bernama Mirza merupakan seorang yang warak.

Beliau amat menjaga binatang ternakannya itu daripada memakan rumput di tempat lain selain miliknya.

Beliau amat bimbang sekiranya terdapat unsur-unsur syubhah mahupun haram yang dimakan oleh binatang-binatang ternakannya itu.

Ini kerana, melalui binatang ternakannya itu akan menghasilkan daging dan susu yang akan dimakan oleh dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Ibu Badi’uzzaman Said al-Nursi pula, bernama Nuriye atau Nuriyyah, merupakan seorang muslimah yang amat taat dalam agama.

Sehinggakan, setiap kali ingin menyusukan anak-anaknya, ibunya akan memastikan dirinya dalam keadaan suci dan berwuduk.

Melalui ibu bapa yang hebat inilah, lahirnya anak-anak yang berperibadi soleh dan taat pada agama. Badi’uzzaman Said al-Nursi adalah anak keempat daripada tujuh beradik yang terdiri daripada Durriyah, Khanim, Abdullah, Muhammad, Abdul Majid dan Marian.

Badi’uzzaman Said al-Nursi yang dikenali di seluruh dunia sebagai seorang ulama dan tokoh pendakwah Islam Turki ini turut menghasilkan beberapa karya penulisan, salah satunya Rasail al-Nur; sebuah kitab tafsir al-Quran yang mendapat pengiktirafan para ulama terkenal yang lain.

Pada 23 Mac 1960, Badi’uzzaman Said al-Nursi meninggal dunia ketika berusia 82 tahun akibat demam panas.

Beribu-ribu orang menziarahi dan mendirikan solat jenazah untuknya. Beliau dikebumikan di Urfa, Turki.

“Musuh kita adalah kejahilan, keperluan dan perselisihan. Kita akan memerangi ketiga-tiga musuh ini dengan senjata kemajuan, pengetahuan dan penyatuan. Permusuhan dan perseteruan adalah kebinasaan. Kita sebenarnya tidak mempunyai waktu untuk bermusuhan (sesama sendiri)…”

“Menghidupkan kembali agama bererti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama bererti adanya cahaya kehidupan.”Kata Mutiara Badi’uzzaman Said al-Nursi

(Sumber: Tazkirah.net oleh Marina)

Komen


Berita Berkaitan