Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BADI PIALA MALAYSIA TERUNGKAI DI STADIUM BATU KAWAN

KOTA KINABALU: Kejayaan Sabah melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia musim ini dianggap satu pencapaian terbaik pasukan itu selepas tujuh tahun kempunan beraksi dalam kancah piala prestij itu ekoran prestasi tidak menentu sebelum ini.

Muncul selaku pendahulu Kumpulan D dengan 13 mata daripada empat kemenangan dan satu seri, Sabah kini menarik nafas lega setelah berjaya menempatkan diri selaku lapan pasukan terbaik yang akan beraksi dalam suku akhir Piala Malaysia.

Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating mengakui, dia sendiri tidak menyangka Sabah mampu sampai ke tahap itu, namun bersyukur kerana kesemua pemainnya menunjukkan komitmen tinggi sepanjang mengharungi perlawanan di peringkat kumpulan.

Jurulatih bola sepak Sabah, Jelius Ating. Gambar SNT / Ehsan Raymond Henry Gusi

“Kemenangan semalam merupakan petanda positif bahawa Sabah dapat melangkah lebih jauh dalam Piala Malaysia musim ini.

“Pemain boleh menarik nafas lega selepas kita disahkan layak ke suku akhir. Hanya ada satu perlawanan lagi menentang Pahang di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 16 September ini.

“Mungkin pemain tidak lagi perlu berhempas pulas dalam perlawanan itu kerana jika Pahang menang pun, Sabah masih juara kumpulan berdasarkan perbezaan pungutan mata,” katanya kepada Sabah News Today.

Sabah menewaskan PKNP FC 2-0 di Stadium Batu Kawan, semalam, sekaligus mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia kali ini.

Kedua-dua gol skuad Badak masing-masing dijaringkan oleh Rodoljub Paunovic dan Hector Ramos pada minit ke-30 dan ke-80 pada separuh masa kedua permainan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan