Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Badan Sihat, Hati Gembira

4:27pm 15/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 75 views Tempatan,Tips & Kesihatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Datuk Jainab melawat booth pameran. - Foto dari Jimmy Tan/ Sayangsabah

Datuk Jainab melawat booth pameran. – Foto dari Jimmy Tan/ Sayangsabah

KOTA KINABALU- Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan komited untuk
memperkasakan rakyat Malaysia dari segi penjagaan kesihatan bagi
mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk
Hjh Jainab Ahmad Ayid, bilangan pesakit yang menghidap penyakit
berbahaya ini semakin meningkat setiap tahun di negara ini.

“Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) adalah satu inisiatif
kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya
menjaga kesihatan diri sendiri”, kata Jainab.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran Konvensyen
KOSPEN Daerah Kota Kinabalu 2015, disini, pagi tadi.

Disamping itu, menurut Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Dr
Jiloris Frederic Dony, tugas mencegah penyakit tidak boleh diserahkan
100 peratus kepada anggota perubatan kerana penyakit yang dihidapi
oleh masyarakat ialah berdasarkan gaya hidup yang mereka amalkan.

“Aktiviti KOSPEN ini merangkumi lima cara untuk mencegah penyakit
berbahaya iaitu makan secara sihat, hidup yang aktif, tidak merokok,
pengurusan berat badan yang unggul, dan membuat pemeriksaan kesihatan
di klinik atau hospital yang berhampiran”, kata Jiloris.

Konvensyen yang berlansung selama dua hari ini telah melibatkan
beberapa aktiviti iaitu Bengkel Sukarelawan dan beberapa pertandingan
yang lain seperti Pertandingan “Oral Presentation”, senam tari, poster
dan pertandingan menu sihat “Kids Lunchbox”. – Oleh Elezebeth Esther/
Sayangsabah

Pemenang tempat pertama pertandingan "Oral Presentation"- Ayunah Majabin, mewakili Kg Keliangau, Menggatal

Pemenang tempat pertama pertandingan “Oral Presentation”- Ayunah Majabin (tengah) , mewakili
Kg Keliangau, Menggatal- Foto dari Jimmy Tan/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan