Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Badan penumpang berbau, pesawat dilencongkan’

ANGGOTA polis mengiringi lelaki terbabit meninggalkan pesawat. – FOTO Ihsan Daily Star

 

SEBUAH pesawat melakukan pendaratan cemas gara-gara bau badan memualkan seorang penumpang hingga menyebabkan penumpang lain pengsan dan muntah.

Pesawat Transavia itu melakukan penerbangan dari Gran Canaria, Sepanyol dan turut dinaiki lelaki terbabit yang didakwa berbau seperti tidak mandi selama beberapa minggu.

Bagaimanapun, pesawat yang menuju ke Amsterdam, Belanda terpaksa dilencongkan ke Faro di Selatan Portugal, apabila beberapa penumpang mulai pengsan dan muntah.

“Bau badannya seperti orang tidak mandi beberapa minggu menyebabkan ada penumpang tidak tahan dan muntah,” kata penumpang warga Belgium, Piet van Haut.

Lelaki terbabit diletakkan di dalam tandas pesawat Boeing 737 itu oleh kru penerbangan sebelum juruterbang melencongkan pesawat berkenaan.

Transavia mengesahkan pendaratan cemas itu sambil mengatakan puncanya akibat masalah kesihatan. – Daily Star/HMetro

Komen


Berita Berkaitan