Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Badan kebajikan dinasihat agar manfaat dana kewangan untuk bantu rakyat

Jainab bergambar kenangan bersama-sama sukarelawan kebajikan dan kakitangan Waterfront Urban Development. - foto Sayangsabah
Jainab bergambar kenangan bersama-sama sukarelawan kebajikan dan kakitangan Waterfront Urban Development. – foto Sayangsabah

KOTA KINABALU – Persatuan badan kebajikan di negeri ini dinasihati agar memanfaatkan dana kewangan yang disalurkan kepada mereka untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Menteri Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, sumber kewangan sama ada daripada kerajaan mahupun swasta perlu digunakan bagi membantu masyarakat terutama yang terjejas akibat suatu bencana.

“Sekiranya dana kebajikan itu digunakan di saluran yang betul ianya sudah tentu akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap fungsi dan tugas Jabatan Kebajikan,”  katanya lagi semasa berucap di Majlis Berbuka Puasa bersama Sukarelawan Gempa Bumi Ranau di Broadwalk, Oceanus Waterfront Mall, di sini semalam.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Oceanus Waterfront Mall diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada para sukarelawan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) yang menjalankan kerja kebajikan semasa gempa bumi melanda di negeri ini khususnya di Ranau pada 5 Jun lepas.

Sementara itu, Jainab juga juga Presiden MPMS turut menerima sumbangan RM100,000 daripada Pengerusi Waterfront Urban Development Sdn Bhd Datuk Ghani Abdul Rashid untuk Tabung Bencana Gempa Bumi badan kebajikan itu. – oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan