Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Badan Belia Usia Pusat memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran Kg. Landung Ayang

2:54pm 02/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 31 views Tempatan
SERAH…Kelihatan Jamawi menyerahkan sumbangan wang Tunai untuk Tabung bencana Daerah Kudat yang diterima oleh wakil Pegawai Daerah ,Penolong Pegawai Pembangunan Daerah  Asmat Mandin pada majlis tersebut.

SERAH…Kelihatan Jamawi menyerahkan sumbangan wang Tunai untuk Tabung bencana Daerah Kudat yang diterima oleh wakil Pegawai Daerah ,Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Asmat Mandin pada majlis tersebut.

KUDAT- Badan Belia Usia Pusat menyampaikan sumbangan yang berupakan keperluan makanan, air minuman, pakaian baru dan terpakai dan juga wang tunai RM 5,000 sumbangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kepada Tabung Bencana Daerah Kudat.

Ketua Belia Usia Jamawi Jaafar berkata sumbangan yang disalurkan dapat meringkankan beban yang ditanggung oleh para penduduk yang terlibat dan masih dalam keadaan truma selepas kejadian itu.

“ Badan Belia, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Pusat turut turun padang untuk menghulurkan bantuan yang dikumpulkan selepas kami melancarkan Tabung Bantuan Bencana Kebakaran dengan kerjasama beberapa pemilik stesen minyak Petronas baru-baru ini” katanya

Beliau berkata demikian ketika hadir bersama barisan kepimpinan Ahlijawatankuasa Belia Usia Pusat dan ahli jawatankuasa Pergerekan Pemuda Umno Tenom di Pusat Pemindahan Mangsa Kebakaran di masjid Kampung Landung Ayang Kudat, disini, baru- baru ini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Kudat, Asmat Mandin, Ketua Usia Bahagian Kudat, Awang Haji Ibrahim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kudat, Norsalin Salam.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, bantuan yang diberikan bagi memudahkan para penduduk terjejas dapat menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Walaupun bantuan tersebut tidak dapat memenuhi keperluan sepenuhnya, namun ianya merupakan tanggungjawab sosial sebagai NGO Islam mewakili kumpulan anak muda yang bukan sahaja merasai beban yang mereka (mangsa) hadapi namun turut menginsafi bahawa kejadian ini berlaku atas qada dan qadar daru Allah SWT,”katanya.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sumbangan untuk menjayakan kutipan tabung bencana Kebakaran tersebut.


“ Kita berterima kasih kepada petronas khususnya tiga buah stesen di Jalan Lintas Kepayan, Tuaran dan Kimanis yang bersedia menjadikan stesen mereka sebagai pusat pengumpulan bantuan” katanya

Dalam perkembangan lain Jamawi turut menyambut baik pembinaan rumah transit yang akan dibina di satu penempatan sementara yang menurut beliau ianya akan dapat menempatkan lagi mangsa dalam keadaan yang lebih selesa dan teratur. -SayangSabah

 BANTUAN…Jamawi ketika menyerahkan kotak bantuan makanan untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang terlibat yang diterima oleh Ketua Kampung Landung Ayang Kudat

BANTUAN…Jamawi ketika menyerahkan kotak bantuan makanan untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang terlibat yang diterima oleh Ketua Kampung Landung Ayang Kudat

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan