Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BACAAN IPU MIRI SANGAT TIDAK SIHAT MANAKALA TEMPAT LAIN SEDERHANA

Keadaan jerebu di sekitar Teluk Likas, Kota Kinabalu yang mencatatkan bacaan IPU sederhana. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Hanya satu kawasan iaitu  Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dengan bacaan 203, setakat 10 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain di seluruh negara  mencatatkan bacaan sederhana kecuali di Kangar, Perlis; di Langkawi dan Alor Setar, Kedah dan di Tawau, Sabah yang mencatatkan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di seluruh negara boleh merujuk laman web http://apims.doe.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam.

— BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan