Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bacaan Indeks Pencemaran Udara Di Sabah Semakin Baik

jerebu

KOTA KINABALU : Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sabah pada keseluruhannya baik pagi ini kecuali di Kota Kinabalu.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kota Kinabalu kekal 63 sejak semalam sehingga pagi ini.

Bacaan IPU di daerah Keningau pula menunjukkan penurunan iaitu daripada 51 semalam kepada 45.

Bagaimanapun, bacaan IPU daerah Beaufort tidak dapat diperoleh disebabkan masalah teknikal sejak semalam, kata jurucakap stesen pengawasan kualiti udara  Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah ketika dihubungi Bernama.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100, (sederhana), 101 ke 200 (tidak  sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan