Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BACA! 10 Teori Misteri Kehilangan Pesawat MH370

MH3702

BERIKUTAN penemuan serpihan pesawat di Pulau La Reunion semalam, bangkai yang ditemui itu didakwa adalah milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang secara misteri sejak lebih setahun lalu.

Serpihan tersebut dikatakan ditemui oleh pekerja pembersih pantai pulau berkenaan yang terletak berhampiran dengan Madagascar.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal itu telah menggamitkan media di seluruh dunia apabila ia dikatakan hilang dari radar selepas satu jam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 7 Mac 2014.

Sejak daripada itu, kelibat pesawat jenis Boeing 777 itu lesap dari pandangan mata kasar masyarakat seluruh dunia termasuk pakar penyiasat yang terlibat.

mh370

Segala tanda tanya yang berlegar-legar di dalam fikiran masing-masing telah mencetuskan pelbagai jenis teori yang menyebabkan kehilangan pesawat tersebut.

Antara teori-teori popular yang tersenarai sememangnya menjadi perbualan hangat netizen dan ada juga diantaranya seperti tidak masuk akal. Lihat 10 teori popular yang dikeluarkan di bawah ini.

10. Juruterbang didakwa telah membunuh diri

Menurut satu sumber, kehilangan pesawat MH370 berkemungkinan hilang kerana juruterbang telah membunuh diri. Walaubagaimanapun, masih tiada bukti kukuh yang dapat membuktikan Kapten Zaharie Ahmad Shah mahupun pembantunya, Fariq Abdul Hamid mempunyai niat sedemikian.

Selain itu, ada juga teori yang menyatakan Kapten dan pembantunya ini telah mensabotaj sendiri pesawat MH370 itu namun menurut Pengarah Komersial Malaysia Airlines ketika itu, Hugh Dunleavy, menyatakan Kapten pesawat tersebut sangat berpengalaman dan mempunyai rekod yang sangat baik.

Kapten Zaharie Ahmad Shah (kiri) dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid (kanan).

9. Pengganas menjunamkan pesawat MH370 ke dalam lautan.

Teori ini dikatakan antara teori yang sangat popular dan munasabah yang dikeluarkan. Terdapat beberapa kumpulan pengganas dituduh untuk bertanggungjawab di atas kehilangan pesawat ini.

Teori ini semakin masuk akal selepas dua orang daripada penumpang yang menaiki pesawat tersebut didapati telah menggunakan pasport yang telah dicuri. Dua individu tersebut didakwa telah bersekongkol dengan pengganas yang mahu menjunamkan pesawat tersebut ke dalam laut.

_73498216_021487656-1

8. Pesawat MH370 telah dirampas oleh pihak Afghanistan

Surat khabar di Rusia telah mendakwa bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang dari radar itu telah dirampas dan diterbangkan ke Afghanistan. Kesemua penumpang dan anak kapal dikatakan menjadi tawanan di sana.

Ia dirampas oleh kumpulan pengganas yang tidak dikenali dan pesawat tersebut dikatakan berada di Afghanistan, tidak jauh dari Kandahar. Ada juga yang menyatakan kesemua penumpang telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan kini berada dalam keadaan sengsara.

afghan

7. Penipuan insurans nyawa

Teori ini mendakwa kemungkinan besar ada di antara penumpang yang menaiki pesawat yang menuju ke Beijing itu telah membeli nilai pampasan insurans yang tinggi untuk diberikan kepada ahli keluarga. Namun, para penyiasat masih lagi menjalankan siasatan terperinci terhadap semua penumpang yang menaiki pesawat itu.

6. Korea Utara memiliki pesawat MH370 itu

Dakwaan menyatakan pesawat MH370 yang hilang itu berada di Korea Utara untuk tujuan eksperimentasi telah tersebar. Menurut sebuah sumber, ia dapat dibayangkan bagaimana pesawat tersebut disembunyikan dengan teknologi canggih yang sememangnya wujud.

Teori tersebut juga mendakwa Korea Utara telah menakluk dan menyembunyikan pesawat MH370 tanpa tujuan yang diketahui.

northkorea

5. Pesawat MH370 dikatakan telah mendarat di Pulau Andaman

Teori seterusnya mendakwa pesawat Malaysia Airline yang hilang sejak Mac 2014 itu telah mendarat di Kepulauan Andaman. Ia merupakan sebuah pulau yang terceruk dan kemungkinan besar radar yang digunakan di sana tidak mampu untuk mengesan pesawat tersebut.

Jika pesawat itu telah ditawan, pulau ini adalah lokasi yang sangat sesuai untuk disembunyikan dan menurut seorang bekas juruterbang, ia sememangnya sukar namun tidak mustahil untuk mendaratkan pesawat di pantai.

Andaman-and-Nicobar-Islands

4. Pesawat MH370 berselindung di antara kapal terbang yang lain

Antara teknik lain untuk mengelakkan pesawat daripada dikesan adalah berselindung atau kekal rapat dengan kapal terbang yang lain.

3. Pesawat MH370 ditembak jatuh oleh jet pejuang Amerika Syarikat.

Teori tersebut mendakwa pesawat MH370 yang dikatakan telah ditawan itu berkemungkinan akan melancarkan serangan seperti kejadian 9/11 di Amerika Syarikat. Ia dikatakan ditembak oleh jet pejuang Amerika Syarikat.

jet

2. Hilang di Segi Tiga Bermuda Asia

Terdapat teori yang menyatakan pesawat MH370 telah hilang dan lesap di kawasan seperti Segi Tiga Bermuda di Asia. Seperti yang diura-urakan di sosial media, mana-mana pesawat atau bot yang melalui kawasan ‘berhantu’ tersebut pasti akan hilang dari radar dan tidak akan ditemui.

Ada yang menyatakan pesawat tersebut telah menempuh alam lain yang jauh dari dunia realiti ini.

bermuda

1. Pesawat MH370 dipercayai telah ditawan oleh makhluk asing

Setelah pelbagai spekulasi dan teori yang dikeluarkan, rata-rata netizen menyatakan kehilangan pesawat MH370 itu ada kaitan dengan makhluk asing.

Kedengaran seperti mitos namun itu antara teori yang popular telah dikeluarkan selepas segala tanda tanya dan persoalan mengenai misteri MH370 ini yang tidak terjawab.

alien

Namun begitu, segala teori dan spekulasi yang dikeluarkan oleh banyak pihak sejak hilangnya pesawat MH370 ini tidak dapat dibuktikan.

Segala tanda tanya yang terapung di minda masih lagi belum terjawab sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, diharapkan penemuan cebisan rangka pesawat semalam di La Reunion dapat memberikan sedikit petunjuk kepada penyiasat untuk merungkai segala misteri dan persoalan masyarakat di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan