Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

`Baby Hatch’ bukan galak pembuangan bayi

Jainab Ahmad (tengah) mengadakan mesyuarat bersama KPJ Healthcare dan JPKA untuk program "Baby Hatch" di kementerian beliau di Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu.
Jainab Ahmad (tengah) mengadakan mesyuarat bersama KPJ Healthcare dan JPKA untuk program “Baby Hatch” di kementerian beliau di Wisma Tun Fuad, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Program `Baby Hatch’ akan dilaksanakan di negeri ini bagi membendung masalah pembuangan bayi secara berleluasa dan ia dikendalikan KPJ Healthcare Berhad dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

Program pembangunan sosial korporat (CSR) itu merupakan usaha murni bagi mendidik masyarakat penyayang dan ia bukan untuk menggalakkan pembuangan bayi, sebaliknya bagi membantu bayi terbiar dipelihara di bawah Jabatan Pembangunan Kebajikan AM (JPKA) Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, kewujudan ‘Baby Hatch’ ini akan memastikan bayi terbiar mempunyai tempat yang baik seperti disediakan oleh KPJ Healthcare

“Kita sedia maklum, pembuangan bayi dilakukan oleh segelintir golongan muda yang terlanjur namun malu dan takut untuk berhadapan dengan kenyataan,” kata ketika ditemui selepas taklimat daripada KPJ Healthcare Berhad di Pejabatnya, Wisma Tun Faud Stephen, di sini hari ini.

Jainab berkata, tempat bayi yang tidak berdosa itu bukan di tong sampah, di buang ke laut, atau di mana-mana.

Sehubungan itu, beliau berharap KPJ Healthcare bekerjasama dengan pihak hospital kerajaan untuk memantau keadaan bayi yang dibuang kerana dikhuatiri bayi berkenaan tidak cukup bulan atau tidak normal mahupun telah meninggal dunia.

“Bukan itu sahaja, saya mengharapkan kerjasama yang baik dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) agar terus membantu usaha murni ini agar masalah pembuangan bayi dapat ditangani di negeri Sabah,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan