Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Baby Hacth’ bukan untuk menggalakkan pembuangan bayi

Jainab melihat bayi yang dibuang di Baby Hacth KPJ.
Jainab melihat bayi yang dibuang di Baby Hacth KPJ.

PAPAR: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah harus mempergiatkan usaha untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat  sekiranya berlaku masalah sosial seperti kes pembuangan bayi.

“Bayi pertama yang dibuang di KPJ baru-baru ini adalah kes pertama selepas lebih satu tahun pelancaran Baby Hacth di KPJ.”

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah,Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata demikian selepas beliau mengadakan lawatan ke Rumah Kanak-kanak Beringis,dekat sini kelmarin.

Jainab berkata usaha KPJ mewujudkan Baby Hacth ini bukan untuk menggalakkan pembuangan bayi tetapi ia bagi menyelamatkan satu nyawa daripada mati dibuang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

“Saya meminta kerjasama semua agensi kerajaan,swasta serta badan-badan bukan kerajaan agar bersama-sama dengan kerajaan membantu dan melaksanakan Strategi Lautan Biru,” katanya.

Selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Sabah,Jainab meminta agar institusi-institusi kebajikan tidak meminggirkan soal pendidikan kepada anak-anak di rumah-rumah kebajikan.

“Perkara ini penting,walaupun mereka kurang bernasib baik tetapi mereka tetap mendapat pendidikan yang sempurna demi masa depan mereka.”

“Saya berharap JPKA bersama Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) melipatgandakan usaha membantu golongan tidak bernasib baik,”katanya.

Turut hadir, Pengarah JPKA Sabah, Mohd Noor Wahab, Timbalan Pengarah JPKA Sabah, Siti Hameh Haji Ruman, Ketua Penolong Pengarah JPKA,Dayang Rogayah Awg Besar dan Warga JPKA./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan