Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

AZMIN JAMIN KERAJAAN AKAN BAYAR ROYALTI MINYAK KEPADA SABAH

PENAMPANG: Kerajaan Pakatan Harapan belum memutuskan tempoh untuk memuktamadkan perbincangan mengenai kaedah pembayaran royalti minyak 20 peratus yang dijanjikan dalam manifesto PH semasa Pilhan Raya Umum Ke-14 (PRK-14) yang lalu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana kaedah pembayaran yang bakal dilakukan itu memerlukan persetujuan kerajaan negeri Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu seperti yang terkandung dalam akta Petroluem 1974.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, beliau memberikan jaminan pembayaran royalti itu akan dibuat seperti dipersetujui oleh kerajaan PH.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada sidang media ketika ditemui di Majlis Pimpinan KEADILAN (MPN) Sabah di Penampang. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Beliau menjelaskan, satu Jawatankuasa Kabinet juga telah ditubuhkan untuk memperhalusi perbincangan mengenai pembayaran royalti itu bersama empat negeri berkenaan sebelum keputusan dibawa ke Kabinet untuk persetujuan.

Katanya, jawatakuasa itu diberikan masa enam bulan untuk mengkaji cadangan berkaitan kaedah pembayaran royalti minyak dengan syarat mendapat persetujuan daripada negeri-negeri berkenaan.

“Kita perlu mendengar pandangan pihak kerajaan negeri terbabit, tetapi pada masa sama saya telah menyatakan dalam Parlimen bahawa kita juga harus melihat kedudukan kewangan negara pada hari ini.

“Kita tidak mahu ia menganggu proses atau operasi Petronas sehingga terpaksa ditutup kerana kegagalan mereka untuk memenuhi 20 peratus royalti minyak ini. Justeru, semua perlu dibincangkan,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Perwakilan Negeri PKR di pejabat PKR Negeri Sabah, di Penampang, di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohamed Shafie Apdal, Mohamaed Azmin berkata, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan termasuk persetujuan kerajaan PH untuk menaikkan royalti minyak daripada lima kepada 20 peratus.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan memperhalusi cadangan daripada kerajaan negeri tentang kaedah pembayaran royalti agar ia dapat membantu pembangunan di Sabah. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan