Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Azmin berkeras masuk Sarawak Rabu ini

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap pada program Hari Perarakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) 2016 sempena sambutan Hari Buruh, pagi tadi. - Foto Sairien Nafis
MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap pada program Hari Perarakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) 2016 sempena sambutan Hari Buruh, pagi tadi. – Foto Sairien Nafis

SUBANG JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkeras untuk memasuki Sarawak pada Rabu ini tanpa membuat permohonan rasmi seperti diminta Kerajaan Sarawak.

Pada 29 Mei lalu, memetik sumber berita daripada portal The Borneo Post, Azmin diarah meninggalkan negeri itu oleh pegawai Jabatan Imigresen ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

Semalam pula, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan kesediaannya untuk mempertimbangkan permohonan melanjutkan tempoh tinggal Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR di Sarawak.

Azmin mendakwa, tindakan Adenan umpama penghinaan kepadanya sebagai Ahli Parlimen dan rakyat negara ini untuk bebas berkunjung ke mana-mana negeri dalam Malaysia.

“Saya akan berkunjung semula ke Sarawak buat kali kedua untuk membantu jentera parti pilihan raya di sana.

“Tetapi kali ini, saya tidak akan merayu menerusi surat permohonan kepada beliau (Adenan) walaupun diminta berbuat demikian sebelum memasuki negeri itu,” katanya selepas program Hari Perarakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) 2016 sempena sambutan Hari Buruh, pagi tadi.

Adenan juga dilaporkan bersedia membuat pertimbangan terhadap permohonan melanjutkan tempoh tinggal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, di Sarawak. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan