Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Azlina curi perhatian Ziana melalui video ujibakat Seiras Seirama

Pusingan Caras Mencaras, Salma dan Azlina
Pusingan Caras Mencaras, Salma dan Azlina

KUALA LUMPUR- Diva yang popular dengan identiti kening terangkatnya, Ziana Zain berjaya mencari klon dirinya untuk mewakilinya di pentas akhir Seiras Seirama.

Azlina, 26 telah dinobatkan sebagai juara episode Ikon Ziana Zain pada hari Ahad yang lepas menerusi lagu “Anggapanmu” yang popular sejak sekitar 1996 hingga kini yang berjaya membuktikan keupayaan vokal beliau dalam nada yang tinggi cukup sinonim dengan Ziana Zain.

Menurut Ziana, Azlina telah mencuri perhatiannya sejak awal lagi apabila beliau menonton klip video uji bakat yang dihantar peserta tersebut untuk menyertai program itu di bawah ikon Ziana Zain.

Selain itu, hasrat Ziana agar dapat bertemu Azlina di pusingan Caras Mencaras tercapai apabila peserta tersebut mara ke pusingan itu dan bersaing dengan salah seorang peserta juara program realiti, Salma Andi Asis, 25.

Disamping itu, dua lagi peserta yang turut bersaing bagi mempamerkan bakat mereka masing-masing di dalam episode tersebut ialah Ernie Safiza Shari, 33 dan Shazana Razali, 27.- SayangSabah

Keempat-empat peserta Seiras Seirama ep Ikon Ziana Zain bersama Ziana Zain
Keempat-empat peserta Seiras Seirama ep Ikon Ziana Zain bersama Ziana Zain

Komen


Berita Berkaitan