Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Azizul, Ahmad dinobat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016.

5:23pm 16/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 160 views Berita Pilihan,Pendidikan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Tokoh Guru Kebangsaan 2016, Azizul (kiri) dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016, Ahmad (kanan) semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Tokoh Guru Kebangsaan 2016, Azizul (kiri) dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016, Ahmad (kanan) semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Dua anak jati Negeri Johor, Azizul Rahman Abdul Rahman dan Datuk Dr Ahmad Sipon masing- masing dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2016 dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016.

Azizul, 64 berasal dari Parit Sulung, Batu Pahat Johor telah berkhidmat selama 33 tahun dengan memulakan kerjaya sebagai guru terlatih pada 1976 selepas menamatkan latihan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 1974.

Menurut Azizul, beliau akan menggunakkan pendekatan yang berbeza semasa mengajar semua pelajarnya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

“Bagi saya murid-murid adalah terpenting sekali, mereka mempunyai kematangan yang berbeza..saya hormati perbezaan itu dan saya sediakan bahan dan keadaan yang berbeza agar semua murid berasa seronok ketika belajar.

“Akhirnya, kesemua murid memahami apa yang saya ajar dan mereka berasa seronok,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-45 di sini, hari ini.

Tambahnya, para pelajar akan lulus cemerlang dalam peperiksaan mereka melalui pendekatan itu.

Selain itu, katanya, beliau turut menggalakkan murid-muridnya membaca kerana tanpa membaca bahasa itu tidak wujud.

“Nasihat saya kepada guru sekarang adalah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap mengajar murid dan fahami masalah murid.

“Dari masalah murid…kita ilhamkan penyelesaian yang inovasi dan penyelesaian ini boleh dikongsikan dengan guru yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ahmad, 65, berkata bahawa beliau berasa gembira atas anugerah yang diberikan kepadanya.

“Saya amat menghargai anugerah yang diberikan kepada saya kerana ia adalah satu penghormatan yang sangat bermakna bagi saya.,”katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada semua guru agar memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika menjalankan tugasan mereka.

“Semua guru di negara ini adalah mesti perlu fokus menjalankan tugas, mahir, faham, berjiwa pendidik dan mesti jalankan tanggungjawap sepenuh hati dan jiwa,” katanya.

Ahmad memulakan kerjaya sebagai pensyarah pada tahun 1975 selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Adelaide Australia pada 1974.

Disamping itu, beliau pernah menerajui Bahagian Pengurusan Politeknik selama tiga tahun dan pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor sejak tahun 1999 hingga 2000 serta dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 2005 sehingga bersara wajib pada 2007.

Kedua- dua anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dan Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid-Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan