Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Azizah sambut baik cadangan bina dewan di Beaufort

BEAUFORT – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun menyambut baik usaha kerajaan pusat membina sebuah dewan serbaguna sebagai pusat pemindahan sementara di daerah ini bagi menampung pertambahan mangsa banjir di masa hadapan.
Beliau berkata, pembinaan dewan tersebut sekaligus dapat menangani masalah kesesakan yang sering berlaku di PPS kawasan ini yang tidak mampu menampung lebih ramai mangsa banjir.
“Semua pihak sedia maklum daerah ini setiap tahun dilanda banjir hingga mengakibatkan ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke dewan serbaguna atau dewan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan,” katanya kepada media di majlis program gotong-royong di Balai Raya Kampung Lajau, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azizah yang Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau menyerahkan kepada jabatan berkaitan untuk mengenalpasti lokasi sesuai untuk dewan itu dibina.
“Yang penting kemudahan ini harus dibina di kawasan yang selamat dan strategik serta tidak dinaiki air ketika banjir,” katanya. – oleh Aryan De Vera / sayangsabah

GOTONG-ROYONG... Azizah (tiga dari kanan) bersama turut serta bergotong-royong bersama penduduk. - foto Aryan de Vera / sayangsabah
GOTONG-ROYONG… Azizah (tiga dari kanan) bersama turut serta bergotong-royong bersama penduduk. – foto Aryan de Vera / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan